Salah seorang anggota kumpulan K Pop terkenal, BTS, Jungkook cukup sukses dengan karier sebagai anak seni.
Namun kata Jungkook, kehidupan peribadinya juga berdepan ‘masalah’ seperti orang biasa.
Advertisement
Jungkook mendedahkan dirinya telah didiagnos menghidap Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD). ADHD merupakan gangguan perkembangan saraf yang menyebabkan perilaku hiperaktif, impulsif dan masalah perhatian.
Pengakuan itu dibuat sewaktu Jungkook melakukan interaksi secara langsung bersama peminat di The Weverse Live.
Lelaki berusia 28 tahun itu bagaimanapun ditegur peminat kerana tidak berhenti bergerak atau duduk dengan tenang di atas sofa.
Pada saat itu, Jungkook menjawab kepada peminat bahawa dirinya telah didiagnos menghidap ADHD dewasa dan hal tersebut membuat dirinya tidak boleh duduk diam atau fokus, lapor livemint.com.
“Saya tidak boleh mengawalnya. Saya mempunyai ADHD dewasa, jadi saya asyik bergerak seperti ini,” jawab Jungkook.
Pendedahan spontan itu membuat peminat Jungkook daripada seluruh dunia terkejut. Jungkook dengan pantas mendapat kata-kata semangat daripada peminat yang menonton siaran langsung tersebut.