Skip to main content

Selebriti

Kakak Kongsi Keperibadian Jaslinda, Sifatkan Sebagai Seorang Yang Baik Hati, Suka Membantu

Kakak Jaslinda

Sekilas

  • Jaslinda Saludin, 49, seorang pendaki wanita yang hilang di Gunung Batu Putih sejak 24 Mei, dikenali sebagai individu yang baik, penyayang dan aktif dalam aktiviti luar seperti menyelam dan berbasikal gunung.
  • Kakaknya, Jasima Saludin, berkongsi kenangan dan minat yang sama dalam pendakian serta menegaskan keluarga tidak pernah putus harapan dan sentiasa menunggu perkembangan operasi mencari dan menyelamat (SAR).
  • Jasima juga menepis kritikan di media sosial dan memohon orang ramai berhenti membuat kecaman tanpa mengetahui keadaan sebenar, sambil mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam pencarian Jaslinda.

Pendaki wanita Jaslinda Saludin, 49, yang hilang ketika mendaki Gunung Batu Putih dekat Tapah sejak 24 Mei lepas, disifatkan sebagai seorang yang sangat baik, penyayang, murah hati dan suka membantu.

Perkara itu dinyatakan oleh kakaknya, Jasima Saludin, 52, yang kali terakhir berkomunikasi dengan adik bongsunya itu menerusi perbualan telefon, tiga hari sebelum mangsa memulakan pendakian berkenaan.

"Adik saya, Jaslinda seorang yang sangat baik, kadang-kadang kebaikan dia itu terpaksa saya masuk campur kerana ada yang suka mengambil kesempatan. Bukan saya nak puji, tetapi memang itulah Jaslinda," katanya seperti dilapor Bernama.

Katanya, Jaslinda juga merupakan seorang yang aktif sejak muda dengan melakukan aktiviti termasuk menyelam dan berkayuh basikal gunung (MTB) kerana sifatnya yang suka akan alam semula jadi dan jauh daripada hiruk-pikuk kesibukan di kota, sekali gus dapat menghilangkan tekanan.

Jasima berkata mereka turut berkongsi minat yang sama, namun kesihatannya tidak mengizinkan untuk terus melakukan aktiviti pendakian. 

"Gunung Liang ialah gunung terakhir kami mendaki bersama pada 2022 selepas pulang daripada melakukan aktiviti sama di Gunung Rinjani, Indonesia.

“Kenangan yang paling saya tidak lupakan ialah rancangan kami untuk 'khatam' G7 (Gunung Yong Yap pada 2019) bersama-sama," ujarnya.

Tambahnya lagi, Jaslinda telah melakukan banyak pendakian sebelum ini dan antara gunung yang berjaya ditawan ialah Gunung Kinabalu, Gunung Semangkok dan Gunung Stong, selain mendaki bukit-bukit lain.

"Ya, sudah tentu dia telah mendaki lebih 10 tahun, tetapi pengalaman mendaki itu sendiri bukanlah bermaksud untuk bermegah, hebat atau mahir dengan semua perkara," kata anak ketiga daripada empat beradik itu.

Berkenaan operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang kini diteruskan dalam skala kecil, Jasima berkata mereka sekeluarga tidak pernah putus harapan dan tetap berdoa supaya Jaslinda ditemukan secepat mungkin.

"Memang kami sentiasa menunggu atau bertanya (pihak berkuasa) perkembangan kes sebab setiap maklumat itu sangat bermakna untuk kami sekeluarga," jelasnya.

Sementara itu, Jasima menepis kritikan yang menular dalam media sosial berkaitan pendakian adiknya di Gunung Batu Putih itu, sambil memohon orang ramai menghentikan kecaman tanpa mengetahui keadaan sebenar yang terjadi.

"Bagaimanapun, dalam banyak kecaman, saya tahu masih ada yang mendoakan Jaslinda, yang nilai dia semuanya tidak mengenali dirinya.

“Kita tidak tahu perkara yang berlaku ketika itu, hanya mereka yang bersama dengan Jaslinda yang tahu," ujarnya.

Kakanya juga memohon maaf sekiranya Jaslinda ada menyakiti mana-mana pihak dan yang penting sekarang ialah berdoa agar adiknya dijumpai dengan segera, bukannya mencari kesalahan atau kebenaran mana-mana pihak.

"Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat dalam pencarian adik saya," katanya.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Tapah Superintendan Abdul Malik Hasim dilaporkan berkata operasi SAR Jaslinda diteruskan dalam skala lebih kecil yang diketuai oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Sebelum ini, pendaki wanita itu dilaporkan bersama-sama 13 lagi individu dan dua Malim Gunung Perhutanan (MGP) memulakan pendakian Trans Spencer Chapman pada 2 pagi, 23 Mei melalui laluan Pos Gedung–Gunung Bah Gading–Gunung Batu Putih–Kuala Woh.

Jaslinda dan seorang lagi pendaki, Mohd Hanafi Neikmad, 41, mengalami masalah kesihatan dan berhenti mendaki, bagaimanapun eksekutif rantaian bekalan di sebuah syarikat swasta itu dilaporkan meneruskan perjalanan ke puncak gunung dan kali terakhir dilihat pada 24 Mei.

Sumber: Bernama

Anda mungkin berminat dengan

Zara Awliya | Telekung STELLA [Free Box Exclusive, Bag Telekung & Totebag]

Zara Awliya | Telekung STELLA [Free Box Exclusive, Bag Telekung & Totebag]

Jifang Hot Sale Retro Vintage Tie-dye Colorful Painting Cotton Polyester Shawl Long Pashmina Shawl Head Scarf Shawls Muslim Hijabs Tudung FX01

Jifang Hot Sale Retro Vintage Tie-dye Colorful Painting Cotton Polyester Shawl Long Pashmina Shawl Head Scarf Shawls Muslim Hijabs Tudung FX01

Telekung Basic LEORA | Soft Cotton | Telekung Hadiah Gift Box Set | Travel Friendly | Telekungtea

Telekung Basic LEORA | Soft Cotton | Telekung Hadiah Gift Box Set | Travel Friendly | Telekungtea

TEA ROSES MINI SEJADAH by Telekung Tea | Mini Prayer Mat

TEA ROSES MINI SEJADAH by Telekung Tea | Mini Prayer Mat

ZOE ARISAH Printed Bawal 45

ZOE ARISAH Printed Bawal 45

Syria Lycra | Tudung Instant | 1.0 | Size S, M + L | Sekali Free Inner | Warna Baru |

Syria Lycra | Tudung Instant | 1.0 | Size S, M + L | Sekali Free Inner | Warna Baru |

Topik Berkaitan

Must Watch Video

Advertisement