Skip to main content

Hiburan

“Kalau Mahu Kahwin Lagi, Saya Tidak Akan Larang...” – Siti Badriah Benarkan Suami Poligami Dengan Bersyarat

Astro Gempak 288
Advertisement

Penyanyi dangdut Indonesia, Siti Badriah mengakui tidak menghalang suaminya untuk berpoligami atau berlaku curang.

Menurut Siti Badriah atau mesra disapa Sibad, perkara tersebut sudah dibincangkan bersama suaminya, Krisjiana Baharudin sejak awal perkahwinan mereka.

Advertisement

“Sejak awal lagi saya sudah beritahu kepada Kris, kalau pun dia mahu curang atau mahu berkahwin lagi, saya tidak akan melarang.

“Kalau dia buat begitu, mungkin ada kekurangan daripada diri saya,” katanya ketika muncul dalam sebuah podcast bersama pereka fesyen terkenal Indonesia, Ivan Gunawan.

Menurut penyanyi berusia 34 tahun itu, dia mengambil keputusan tersebut kerana menyedari dirinya hanyalah manusia biasa yang mempunyai kelemahan sebagai seorang isteri.

Advertisement

“Saya takut kalau saya tidak dapat menjadi isteri yang sempurna atau tidak dapat memenuhi apa yang dia inginkan.

“Jadi saya serahkan sahaja kepada dia,” ujarnya.

Bagaimanapun, Sibad menegaskan dia tidak akan menerima sekiranya perkara tersebut benar-benar berlaku tanpa pengetahuannya.

“Kalau sampai saya tahu dia ada perempuan lain, jangan dekat dengan saya lagi dan jangan dekat dengan anak-anak,” tegasnya.

Untuk rekod, Siti Badriah mendirikan rumah tangga dengan Krisjiana Baharudin pada 25 Jun 2019 dan pasangan tersebut dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Xarena Zenata Denallie Baharudin dan Xandraya Zevora Davanee Baharudin.

Sumber: TikTok

Anda mungkin berminat dengan

SHEGLAM Enigma Sparkly Glitter Eyeshadow Palette

SHEGLAM Enigma Sparkly Glitter Eyeshadow Palette

Lovito Casual Striped Lace Up Pattern Backless Spring/Summer Light Pink Tank Top for Women L136AD305

Lovito Casual Striped Lace Up Pattern Backless Spring/Summer Light Pink Tank Top for Women L136AD305

Silver-coated windbreaker for men and women, waterproof and effective against cold wind, 3-zip windbreaker with 2 layers of beautiful quality mesh lining to keep warm

Silver-coated windbreaker for men and women, waterproof and effective against cold wind, 3-zip windbreaker with 2 layers of beautiful quality mesh lining to keep warm

Men’s Formal Shirt Long Sleeves/ Kemeja Lelaki Formal | Baby Blue | Coffee | Maroon color etc

Men’s Formal Shirt Long Sleeves/ Kemeja Lelaki Formal | Baby Blue | Coffee | Maroon color etc

🔥Local Delivery🚚Korean Men's Slim Fit Pants Thin Ice Silk Breathable Casual Long Plain Pant Fashion Trousers Seluar Slack Lelaki Plus Size

🔥Local Delivery🚚Korean Men's Slim Fit Pants Thin Ice Silk Breathable Casual Long Plain Pant Fashion Trousers Seluar Slack Lelaki Plus Size

Bayu Somerset Melour Kebaya Selene

Bayu Somerset Melour Kebaya Selene

Must Watch Video

Advertisement