Skip to main content

Hiburan

“Kami Okay Sahaja, Bila Cakap Partner, Maksudnya Partner Sahajalah” - Niezam Zaidi

niezam

Pelakon Niezam Zaidi akhirnya bersuara mengenai status hubungannya dengan aktres, Fify Azmi yang menjadi tanda tanya netizen sejak kebelakangan ini.

Menurut Niezam, orang ramai tidak perlu terlalu kecoh kerana hubungan mereka berada dalam keadaan baik.

Advertisement

“Netizen sahaja yang kecoh, kami okay sahaja. Bagi saya tak perlu nak jelaskan apa-apa pun.

“Bila saya cakap kami partner (pasangan), maksudnya partner sahajalah,” katanya kepada Gempak ketika ditemui pada tayangan perdana filem Tembuni Berdarah di GSC Mytown Shopping Centre, Cheras, malam Rabu.

Ditanya mengenai perancangan seterusnya untuk mendirikan rumah tangga, Niezam berkata mereka hanya mengikut rentak perjalanan hubungan yang ada sekarang.

“Macam biasa sahaja sekarang. Tiada orang jalinkan hubungan istimewa untuk putus di tengah jalan, semua nak berakhir dengan perkahwinan.

“Kami cuma follow the flow… pada masa sama perancangan itu ada, cuma semoga apa yang dirancang dipermudahkan segala urusan,” jelasnya.

Untuk rekod, pada Jun lalu, Fify pernah mengesahkan hubungannya bersama Niezam sudah berakhir, sekali gus membuatkan ramai beranggapan kisah cinta mereka sudah menjadi sejarah.

Namun, nama Niezam kembali menjadi perhatian selepas segmen Korek Kereta kendalian penyampai Suria FM, Kai Hassan tular di media sosial.

Dalam rakaman tersebut, telefon bimbit Niezam memaparkan gambar Fify bertudung sebagai ‘wallpaper’, sekali gus mencetuskan spekulasi hubungan mereka masih belum terlerai.

Malah, pasangan itu juga sebelum ini pernah dilihat bermain sukan pickleball bersama hingga menguatkan lagi khabar angin mengenai kemungkinan mereka kembali bercinta.

 

Must-Watch Video

Advertisement