Skip to main content

Hiburan

Kanak-Kanak Umur 6 Tahun Boleh Daftar Darjah Satu Mulai 2027 - Anwar

dfdfdf

Sekilas

  • Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kanak-kanak berumur enam tahun boleh didaftarkan sebagai murid darjah satu mulai tahun 2027.
  • Pengumuman dibuat semasa Majlis Peluncuran Rancangan Pendidikan Negara 2026-2035 di Putrajaya.
  • Namun, pendaftaran pada umur enam tahun tidak diwajibkan dan bergantung kepada kesediaan ibu bapa, dengan pilihan untuk mendaftar pada umur tujuh tahun masih dibuka.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kanak-kanak berusia enam tahun boleh didaftarkan sebagai murid darjah satu pada tahun 2027.

Pengumuman itu dibuat ketika Anwar berucap dalam Majlis Peluncuran Rancangan Pendidikan Negara 2026-2035 di Dewan Perdana, PICC, Putrajaya, pada Selasa.

"Sekarang ni anak-anak masuk sekolah darjah satu umur tujuh tahun. Mulai tahun depan, pra-sekolah lima tahun, darjah satu enam tahun," umum Anwar.

Namun kata Anwar, ketetapan itu belum lagi diwajibkan pada tahun 2027 dan ia bergantung kepada ketersediaan ibu bapa dalam membuat keputusan untuk anak masing-masing.

"Untuk tahun 2027, kita belum bersedia mewajibkan kerana ada ibu bapa yang rasa anak-anak belum bersedia.

"Masih boleh masuk darjah satu pada usia tujuh tahun. Tapi kita galakkan ibu bapa yang bersedia daripada sekarang supaya umur lima tahun masuk pra-sekolah," ujarnya lagi.

Sumber: Mstar

Must-Watch Video

Advertisement