Skip to main content

Viral

Kawasan Popular Mitos Penunggu Buaya Putih, Jaja Ishak Syukur Penggambaran Travelog Sungai Pahang Berjalan Lancar - "Kru Pun Tak Jumpa Sepanjang Shoot"

Astro Gempak jaja sungai pahang

Sekilas

  • Travelog Konvoi Boathouse menampilkan kehidupan nelayan air tawar di Sungai Pahang dengan penglibatan 120 nelayan dan pemimpin kerajaan negeri.
  • Setiap episod berdurasi dua minit akan disiarkan di platform media sosial, memaparkan usaha nelayan dan pembangunan ekonomi setempat.
  • Penggambaran mencabar dilakukan sepanjang sungai, termasuk paparan bot penambang, restoran terapung, dan kisah mitos buaya putih di Temerloh.

Penerbit Jaja Ishak baru sahaja menamatkan penggambaran Travelog Konvoi Boathouse yang memfokuskan kehidupan nelayan air tawar di Sungai Pahang, melibatkan kira kira 120 orang nelayan serta sokongan pemimpin tertinggi kerajaan negeri Pahang.

Menurut Jaja, travelog tersebut bakal ditayangkan dalam masa terdekat dengan durasi dua minit setiap episod dan akan disiarkan di seluruh platform media sosial.

“Baru saja habis penggambaran travelog, nelayan air tawar 120 orang, libatkan pemimpin tertinggi kerajaan Pahang, akan datang secepat mungkin, 2 minit setiap episod, ditayang seluruh platform media sosial.

"Mengisahkan bagaimana nelayan air tawar, jadi denyut nadi Sungai Pahang, bagaimana bangunkan ekonomi setempat, daripada mula hingga berjaya dengan inisiatif kerajaan negeri. Shoot sepanjang Sungai Pahang, dapat tengok bagaimana kehidupan masyarakat pesisir Sungai Pahang. Walau cari rezeki di sungai tapi dapat bina kehidupan sangat baik," katanya kepada Gempak.

Sepanjang penggambaran, kru menyusuri Sungai Pahang untuk merakam kehidupan sebenar masyarakat pesisir. Antara yang dipaparkan termasuk bot penambang, restoran terapung serta guru guru yang mengajar anak tahfiz di sekitar sungai.

“Kawasan Temerloh misalnya dibanjiri pelancong, penuh hotel pada weekend. Industri pelancongan sangat menarik.

"Beza penggambaran dalam air ni mencabar, perlu libatkan kru yang ramai, pengarah videografi sampai 6 orang, kena berhati hati untuk angle baik, supaya tak melibatkan kemalangan, cuaca panas tak kuat boleh demam. Kru tak sedia akan demam," ujarnya yang telah menjalani penggambaran pada 30 Januari lalu.

Sementara itu, Jaja memanjatkan syukur penggambaran travelog kali ini berjalan lancar meski kawasan Sungai Pahang pernah dikaitkan dengan mitos 'penunggu' buaya putih.

“Mitos dahulu kata ada penunggu. Kalau ikut sejarah Sungai Pahang, di Temerloh ada mitos buaya putih, tapi ia tak ganggu masyarakat setempat. Di Sungai Pahang tak pernah lagi insiden mati dibaham buaya dan kru pun tak jumpa sepanjang shoot," ceritanya.

Travelog Konvoi Boathouse bukan sekadar dokumentasi perjalanan di atas air, tetapi sebuah naratif tentang ketabahan nelayan, pembangunan ekonomi pesisir dan kisah legenda yang terus hidup bersama aliran Sungai Pahang.

Anda mungkin berminat dengan

POP MART CRYBABY Pendant

POP MART CRYBABY Pendant

Ajwa Vip Almadinah Kurma Jumbo Dates

Ajwa Vip Almadinah Kurma Jumbo Dates

Medicube Toner Pad Set

Medicube Toner Pad Set

Rendang Nyet Berapi Khairul Aming (Buy 5 FREE 1)

Rendang Nyet Berapi Khairul Aming (Buy 5 FREE 1)

𝗧𝗔𝗦𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 LCD Finger Counter Random Color Mini Handheld Electronic

𝗧𝗔𝗦𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 LCD Finger Counter Random Color Mini Handheld Electronic

Must-Watch Video

Advertisement