Skip to main content

Rancangan Realiti

KE Selebriti 2026: Jalaluddin Hassan Kongsi Tok Ram Pernah Usik Bakal Tersingkir Minggu Pertama, Rupanya… - “Saya Terkejut….”

KE Selebriti 2026: Jalaluddin Hassan Kongsi Tok Ram Pernah Usik Bakal Tersingkir Minggu Pertama, Rupanya… - “Saya Terkejut….”

Sekilas

  • Datuk Jalaluddin Hassan mengambil masa sebelum bersetuju sertai Kilauan Emas Selebriti 2026 kerana kurang yakin dengan kemampuan nyanyiannya.
  • Pada usia 72 tahun, beliau melihat penyertaan ini sebagai cabaran baru dan peluang kembali kepada minat asal dalam bidang nyanyian.
  • Jalaluddin merancang menyanyikan lagu Hindustan dan Inggeris, dengan fokus pada sebutan tepat untuk menghormati karya asal.
Advertisement

Pelakon senior Datuk Jalaluddin Hassan mengakui mengambil masa sebelum bersetuju menyertai program Kilauan Emas Selebriti 2026 (KES2026) kerana pada awalnya kurang yakin dengan kemampuan diri dalam bidang nyanyian.

Menurut Jalaluddin, 72, dia sempat mendapatkan pandangan sahabatnya Roy Azman, namun tidak berani bertanyakan pendapat Datuk Ramli MS kerana pernah diusik kononnya bakal tersingkir pada minggu pertama sekiranya menyertai pertandingan nyanyian.

Advertisement

“Saya lama nak bagi jawapan, bukan terus terima. Saya macam yakin tak yakin. Saya ada berbincang dengan Roy Azman, tapi tak berani bincang dengan Tok Ram sebab dia pernah kata kalau saya masuk, minggu pertama sudah tersingkir. Tapi saya tahu dia bergurau.

“Bila Tok Ram dapat tahu, dia memang nak saya masuk. Bila dia cakap macam itu, saya terkejut.

“Selama ini dia bergurau dengan saya ke? Saya masih simpan WhatsApp dia,” katanya.

Mengulas sebab akhirnya menerima tawaran tersebut, Jalaluddin melihat penyertaannya sebagai satu cabaran baharu pada usia 72 tahun selain berpeluang kembali kepada minat asalnya dalam bidang nyanyian.

“Pada umur 72 tahun ini, saya fikir dugaan apa Allah mahu bagi. Boleh ke lagi? ‘Alignment’ pun dah lari.

“Tapi itu satu cabaran. Saya menyahut cabaran itu bersama selebriti yang lain.

“Dari kecil saya memang minat nyanyian tetapi semuanya berubah dan saya fokus kepada lakonan.

“Sekarang Allah kembalikan semula minat asal saya menerusi Kilauan Emas di bawah Astro. Saya tak tahu macam mana nasib saya,” ujarnya.

Selain menguji kemampuan diri, Jalaluddin berkata, program tersebut turut memberinya peluang menimba ilmu baharu kerana sebelum ini tidak pernah mengetahui sama ada teknik nyanyiannya dilakukan dengan betul.

“Ilmu ini tak kira usia. Walaupun saya memang minat nyanyian dan lebih bersahabat dengan suasana itu, cara kita menyanyi betul atau tidak, kita tak tahu.

“Kalau kita tidak ada ilmu, kita tidak tahu. Jiwa saya sebelum ini memang sudah fokus kepada lakonan,” katanya.

Dalam pada itu, Jalaluddin turut merancang untuk mencabar dirinya dengan membawakan lagu Hindustan dan Inggeris sepanjang pertandingan.

Baginya, cabaran utama menyanyikan lagu Hindustan bukan sahaja terletak pada melodi, malah sebutan perlu dilakukan dengan tepat agar tidak merosakkan karya asal.

“Macam yang kita tahu, lagu Hindustan memang susah nak nyanyi, tapi saya akan cuba. Yang susah tentang lagu ini ialah sebutannya.

“Semua orang boleh nyanyi, tetapi sama ada kita rosakkan lagu itu atau syok sendiri, itu yang kita kena fikir,” ujarnya.

Kilauan Emas Selebriti 2026 bakal menyaksikan Jalaluddin bersama barisan selebriti veteran lain mencabar kemampuan masing-masing dalam bidang nyanyian.

Program tersebut bakal bersiaran secara langsung bermula 22 Ogos ini, setiap Sabtu, pukul 9 malam menerusi Astro Prima.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

70mai A800SE Dashcam 4K Resolution + HDR | Built-in GPS & ADAS | Supercapacitor | Dual-Channel | App Control

70mai A800SE Dashcam 4K Resolution + HDR | Built-in GPS & ADAS | Supercapacitor | Dual-Channel | App Control

adidas Football AFA ARGENTINA BACKPACK Unisex Blue KE1386

adidas Football AFA ARGENTINA BACKPACK Unisex Blue KE1386

Shokz OPENRUN PRO 2 Open-Ear Bone Conduction Sport Headphones | Noise Cancelling | IP55 Waterproof | Superior Sound

Shokz OPENRUN PRO 2 Open-Ear Bone Conduction Sport Headphones | Noise Cancelling | IP55 Waterproof | Superior Sound

adidas Football Arsenal 24/25 Third Jersey Men Blue IZ0114

adidas Football Arsenal 24/25 Third Jersey Men Blue IZ0114

Must Watch Video

Advertisement