Skip to main content

Hiburan

Kekangan Masa Punca Syazwan Zulkifly Tangguh Niat Nikah Pramugari - “Kami Ada Bincang, Cuma…”

Syazwan Zulkifly

Sekilas

  • Syazwan Zulkifly menangguhkan perkahwinan dengan kekasihnya, Syawariah Zulkifli, kerana kekangan masa dan masih ada perkara yang ingin dicapai sebelum berkahwin.
  • Mereka tidak menghadapi masalah atau perbalahan dalam hubungan dan membuat keputusan bersama tanpa campur tangan keluarga.
  • Syazwan dan Syawariah pernah bertunang pada 2019, putus tunang pada 2020, tetapi kini kembali merancang untuk berkahwin walaupun tiada tarikh tetap ditetapkan.

Pelakon, Syazwan Zulkifly memaklumkan kekangan masa menjadi salah satu punca dirinya menangguhkan perkahwinan bersama kekasihnya yang juga pramugari dikenali sebagai Syawariah Zulkifli.

Tambah Syazwan, masih ada beberapa perkara yang hendak dicapai sebelum mereka benar-benar bersedia untuk punca mereka memilih terpaksa menunda perancangan untuk menamatkan zaman bujang.

"Asalnya memang ada niat macam itu (kahwin) tetapi kekangan masa dan masing-masing masih ada benda yang nak dikejar lagi.

"Jadi kami kejar apa yang boleh, hal kahwin boleh buat selepas itu.

"Sebenarnya kalau kata esok dia nak kahwin  saya jalan saja. Saya okey saja sebenarnya, umur pun sudah 39 tahun," katanya Gempak.

Syazwan berkongsi perkara tersebut ketika ditemui di set lokasi penggambaran Pak Su Ammara, pada Rabu lalu.

Dalam masa yang, pelakon filem Blood Brothers ini meluahkan rasa syukur kerana dia dan pasangan tidak pernah bertelagah malah memuji kekasihnya itu sebagai wanita yang matang.

"Tiada perbalahan dan masalah pun ditambah pula dia lebih matang daripada saya, semuanya okey.

"Ada juga kami berbual 'eh jadi ke kahwin tahun ini?' sebab kursus kahwin pun kami tak ambil lagi.

"Jadi, ada benda yang wajib tak buat lagi dan macam mana nak pergi ke langkah seterusnya? Namun kami memang ada bincang bila nak pergi cuma tiada sebarang ketetapan lagi," jelasnya.

Ketika ditanya mengenai penerimaan keluarga, Syazwan memaklumkan tiadanya campur tangan keluarga malah keputusan yang diambil merupakan persetujuan bersama.

"Isu keluarga pun tidak timbul sebab ibu bapanya sudah tiada, sementara mak saya pula sudah meninggal dunia. Ayah pun okey dan ikut saja kalau saya sudah bersedia.

"Saya ikut sahaja aturan Tuhan. Mungkin lepas raya dua tahun lagi, kita pun tak tahu dan okey saja," ujarnya.

Terdahulu, Syazwan dan Syawariah pernah mengikat pertunangan pada 31 Ogos 2019 di kediaman keluarga kekasihnya di Taiping, Perak, selepas 10 tahun berkawan rapat.

Namun, mereka sepakat memutuskan tali pertunangan pada 31 Mac 2020.

Bagaimanapun, ikatan kasih mereka bertaut kembali dan Syazwan juga memberitahu perancangan mereka untuk berkahwin pada tahun lalu.

Must-Watch Video

Advertisement