Skip to main content

Viral

Kelly Azman Respon Kecaman Lagu 'Aku Nak Kahwin': "Ini Hanyalah Hiburan"

ASTRO GEMPAK kelly (2)

Sekilas

  • Kelly Azman jelaskan lagu cover "Aku Nak Kawin" dilancarkan untuk tujuan hiburan dan sebagai penghargaan kepada karya asal Andi Bernadee.
  • Kelly menerima pelbagai reaksi termasuk kritikan, namun dia tetap berpegang pada identiti dan gaya persembahan sendiri dalam berkarya.
  • Dia berharap netizen tidak terlalu serius menilai dan akan terus menghasilkan kandungan kreatif untuk dinikmati semua lapisan masyarakat.
Advertisement

Personaliti versatil Kelly Azman tampil menjelaskan tujuan di sebalik pelancaran lagu cover Aku Nak Kahwin selepas menerima pelbagai reaksi daripada netizen di media sosial.

Lagu yang juga merupakan nyanyian asal Andi Bernadee itu dimuat naik di platform media sosial Kelly semalam dan mengundang pelbagai komen, termasuk kritikan daripada segelintir pengguna.

Advertisement

Bagaimanapun, Kelly menegaskan karya tersebut dihasilkan semata-mata untuk tujuan hiburan dan tidak melihat kecaman yang diterima sebagai alasan untuk berhenti berkarya.

"Ini hanyalah hiburan. Semua orang dalam industri menerima karya saya. Saya menghormati setiap pandangan, tetapi saya juga berhak untuk berkarya dan berkongsi kreativiti saya dengan orang ramai," katanya.

Menurut Kelly, pemilihan lagu Aku Nak Kahwin dibuat sebagai tanda penghargaan terhadap karya asal, selain memberi sentuhan tersendiri menerusi gaya persembahannya.

"Di Malaysia, mungkin tidak ramai yang berani melakukan apa yang saya lakukan. Saya tampil dengan gaya saya sendiri dan saya selesa dengan identiti itu."

Dalam masa sama, Kelly berharap orang ramai dapat melihat kandungan yang dihasilkannya dari sudut hiburan dan tidak terlalu cepat membuat penilaian terhadap dirinya.

"Kepada semua netizen, jangan terlalu serius. Ini hanyalah hiburan semata-mata. Tidak perlu menilai saya secara berlebihan kerana tujuan saya hanyalah untuk menghiburkan."

Mengulas mengenai komen negatif yang diterima, Kelly mengakui sudah biasa berdepan pelbagai kecaman sepanjang berada dalam industri hiburan.

"Saya sudah lali dengan tomahan dan kecaman. Saya memilih untuk terus positif dan menghasilkan karya buat mereka yang menghargainya."

Kelly berkata, dia akan terus menghasilkan pelbagai kandungan kreatif pada masa akan datang dan berharap setiap karya yang dihasilkan dapat dinikmati oleh semua lapisan masyarakat mengikut perspektif masing-masing.

Anda mungkin berminat dengan

Shokz OPENRUN PRO 2 Open-Ear Bone Conduction Sport Headphones | Noise Cancelling | IP55 Waterproof | Superior Sound

Shokz OPENRUN PRO 2 Open-Ear Bone Conduction Sport Headphones | Noise Cancelling | IP55 Waterproof | Superior Sound

Nike Club T-Shirt - Black

Nike Club T-Shirt - Black

POP MART Angry Molly - Angry Energy Series Plush Pendant Blind Box

POP MART Angry Molly - Angry Energy Series Plush Pendant Blind Box

PUMA MEN S GRAPHIC TEE PUMA FIT PUMA Black 52419801

PUMA MEN S GRAPHIC TEE PUMA FIT PUMA Black 52419801

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

adidas Men Happi Tokyo Short Sleeve Tee Shirt Baju Lelaki (JM7378) Sport Planet

adidas Men Happi Tokyo Short Sleeve Tee Shirt Baju Lelaki (JM7378) Sport Planet

Must Watch Video

Advertisement