Personaliti media sosial, Chazynash selamat menamatkan zaman dudanya selepas sah bergelar suami kepada wanita pilahannya yang dikenali sebagai Sity.
Meskipun tidak berkongsi di sosial media miliknya, gambar majlis pernikahan Chazynash atau nama sebenarnya Syed Fernarsh Syed Badlishah mula tular di platform Threads.
Memilih rona putih sebagai tema, difahamkan majlis yang diadakan di Eastern & Oriental Penang itu hanya dihadiri ahli keluarga dan sahabat terdekat sahaja.
Sekadar info Chazynash dan Fatin Morat pernah mendirikan rumah tangga pada tahun 2014 sebelum bercerai secara baik pada 23 Januari 2025.
Chazynash hanya mengesahkan perceraian mereka pada Mei 2025 setelah timbul spekulasi netizen.
Menurut Chazynash, dia menyifatkan perpisahan yang berpunca daripada kesilapannya itu sebagai satu keputusan yang dipersetujui bersama.
Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan 3 orang anak perempuan.
Hiburan
Kembali Bergelar Suami, Chazynash Selamat Tamatkan Zaman Duda