Skip to main content

Hiburan

Kembali Jadi Duta Jenama Pakaian Raya, Sharnaaz Ahmad Terima Bukan Sebab Duit - “Dekat Sini Lagi Kurang…”

Sharnaaz Ahmad

Pelakon, Sharnaaz Ahmad membuat kejutan kepada peminat jenama pakaian tradisional Bulan Bintang selepas kembali menjadi duta untuk kempen raya 2026. 

Menurut Sharnaaz, antara faktor utama dia bersetuju untuk kembali  dalah kerana nilai kekeluargaan dan persahabatan yang dirasakannya bersama jenama tersebut. 

“Saya kembali sebab saya perlukan keluarga saya. Sahabat-sahabat yang ada di atas pentas hari ini adalah family saya yang saya kenal lama. Ada perasaan rindu untuk kembali bersama Shuk dan juga Meri,” katanya. 

Dalam pada itu, Sharnaaz menegaskan bahawa keputusannya langsung tidak berkaitan dengan soal bayaran atau tawaran kewangan, malah mengakui menerima bayaran yang lebih rendah berbanding dengan jenama yang dia bekerjasama dahulu. 

“Jangan tanya saya soal duit atau tawaran. Itu bukan Sharnaaz. Saya dapat dekat sini lagi kurang daripada apa yang saya dapat dekat tempat lain. Tapi hari ini saya ada di sini bukan sebab duit, tapi sebab persahabatan dan di mana saya mahu berada. 

“Sebelum saya kembali, saya memang akan periksa kualiti dahulu. Alhamdulillah, Bulan Bintang luluskan perkara itu,” tambahnya.

Selain Sharnaaz, turut sama-sama dilantik sebagai duta antaranya adalah Syafiq Kyle, Shukri Yahaya, Mierul Aiman, Nadhir Nasar, Erysha Emyra, Ain Edruce bersama keluarga, Ernie Zakri, Syamel dan Kasih Iris Leona. 

Sekadar info, tahun ini Bulan Bintang menampilkan koleksi raya "ready-to-wear" (RTW) untuk seisi keluarga merangkumi baju melayu dengan pelbagai pilihan potongan beserta koleksi pakaian raya sedondon untuk wanita dan kanak-kanak dengan 84 pilihan warna.

Jenama itu turut mengumumkan koleksi Baju Melayu dengan tiga pilihan potongan Slim Fit, Tailored Fit dan Traditional Fit serta penggunaan kain yang lebih lembut, ringan, sejuk dan jahitan yang kemas untuk digayakan sepanjang hari. Sebagai jenama yang inklusif, koleksi kali ini ditawarkan dengan pilihan saiz sehingga 8XL.

Must-Watch Video

Advertisement