Skip to main content

Artis Antarabangsa

Kes Langgar Lari Bapa Nicki Minaj Selesai, Pelaku Sedia ‘Settle’ Luar Mahkamah

Nicky Minaj

Sekilas

  • Kes langgar lari yang meragut nyawa bapa Nicki Minaj, Robert Marah, akhirnya diselesaikan di luar mahkamah selepas pemandu terbabit, Charles Polevich, bersetuju mencapai persetujuan dengan ibu Nicki, Carol Maraj.
  • Carol menuntut ganti rugi atas kehilangan suami dan kasih sayang akibat insiden tersebut, manakala Polevich cuba mengurangkan pampasan dengan memohon Nicki memberi keterangan, namun gagal.
  • Insiden berlaku pada Februari 2021 di Long Island apabila Robert dilanggar dan pemandu melarikan diri, sebelum ditangkap dan dijatuhi hukuman penjara setahun atas tuduhan melarikan diri dan mengganggu bukti.

Selepas lima tahun, kes langgar lari yang meragut nyawa bapa kepada penyanyi rap antarabangsa, Nicki Minaj iaitu Robert Marah akhirnya menemui jalan penyelesaian selepas pemandu terbabit bersetuju menyelesaikan kes di luar mahkamah.

Menurut laporan, ibu kepada Nicki iaitu Carol Maraj mencapai persetujuan dengan pemandu yang dikenali sebagai Charles Polevich, Mac lalu.

Berdasarkan kes, Carolmenuntut ganti rugi atas kehilangan suaminya serta kehilangan kasih sayang pasangan hidup berpunca daripada pelanggaran yang berlaku.

Walau bagaimanapun, ketika kes berlangsung Polevich cuba untuk menyeret Nicki ke mahkamah dengan memohon agar penyanyi itu memberi keterangan.

Dakwa Polevich, lagu ciptaan Nicki berkaitan zaman kanak-kanaknya menunjukkan bukti bahawa hubungan rumah tangga ibu bapanya tidak bahagia. Perkara itu merupakan satu usaha yang dibuat Polevich bagi mengurangkan jumlah pampasan namun, rancangan itu tidak menjadi berjaya.

Untuk rekod, insiden tragis itu berlaku pada Februari 2021 di Long Island, New York apabila Robert dilanggar ketika melintas jalan. Polevich kemudian melarikan diri dari tempat kejadian, namun berjaya diberkas polis hasil rakaman kamera keselamatan.

Dia kemudiannya mengaku bersalah atas tuduhan melarikan diri dari lokasi kejadian dan mengganggu bukti, sebelum dijatuhkan hukuman penjara selama setahun.

Sumber: TMZ

Anda mungkin berminat dengan

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

Must Watch Video

Advertisement