Skip to main content

Selebriti

Kieda Crepe Jaga Batas, Ada Sebab Enggan Bergambar Dengan Lelaki - “Sekeping Gambar Boleh Jatuh Fitnah, Benda Tu Akan Buat Suami Saya…”

Kieda Crepe tak ambil gambar dengan lelaki

Sekilas

  • Kieda Crepe memilih untuk tidak mengambil gambar dengan lelaki lain demi menghormati permintaan suaminya, Mohd Hilmi Mohd Zaki.
  • Dia mahu mengelakkan salah faham atau fitnah yang boleh menjejaskan keharmonian rumah tangganya.
  • Kieda menegaskan bahawa sebagai isteri, dia sangat menghormati suami dan menjaga perasaannya, terutama ketika sedang hamil anak ketiga.

Pempengaruh media sosial dan usahawan popular, Kieda Crepe mempunyai sebab tersendiri mengapa dia memilih untuk tidak mengambil gambar dengan mana-mana lelaki, tidak kira sama ada pelanggan mahupun pengikut di media sosial.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Kieda menegaskan pendiriannya dalam menjaga batas pergaulan adalah demi menghormati permintaan suami, Mohd Hilmi Mohd Zaki.

Selain itu, kata Kieda, dia juga mahu mengelakkan sebarang salah faham atau fitnah yang boleh menjejaskan keharmonian rumah tangganya.

"Kamu jaga batas kamu, ingat saya tak suka apa" Ya, sebab tu sampai sekarang Kieda tak pernah  ambil gambar atau melawak lebih kurang dengan mana-mana lelaki tak kira customer atau followers.

“Sebab sekeping gambar boleh jatuh fitnah, dan benda tu akan membuatkan suami saya kecewa,” tegasnya.

Jelas Kieda lagi, sebagai seorang isteri, dia sangat menghormati suami dan menjaga perasaanya.

“Suami saya syurga saya tau, dia pun tak buat semua hal yang sakitkan hati kieda.

“Untuk buat apa saya nak buat benda yang menyakitkan hati dia,” coretnya yang kini sedang hamil anak ketiga.

Berikut merupakan perkongsian Kieda:

Must-Watch Video

Advertisement