Sekilas
- Seorang wargamaya berkongsi pengalaman rumah tangganya diganggu ‘penyondol’ dan memberi nasihat agar wanita senasib tidak berbaik dengan penyondol walaupun sudah menjadi ibu tiri anak-anak.
- Individu tersebut menegaskan penyondol tidak akan berbuat baik kerana mereka telah merosakkan keluarga dan berisiko merampas anak-anak apabila mereka dewasa.
- Selebriti Abby Abadi membalas hantaran itu dengan berkongsi usaha menjadi orang baik walaupun kalah dengan keadaan dan berharap orang ramai mendoakan kekuatannya untuk terus menjalankan tanggungjawab.
Hantaran seorang wargamaya yang berkongsi mengenai pengalaman rumah tangganya diganggu ‘penyondol’ meraih perhatian netizen termasuk selebriti Abby Abadi.
Menerusi hantaran tersebut, individu itu menitipkan pesanan buat wanita yang senasib dengannya agar tidak berbuat baik dengan ‘penyondol’ biarpun sudah menjadi ibu tiri kepaa anak-anak.
“Sebagai ibu tunggal anak empat yang rumah tangganya disondol sund*l. Nasihat saya buat wanita senasib saya.
“Jangan berbaik dgn penyondol walaupun dia dah jadi mak tiri anak-anak kita. Ingat dulu dia rampas suami kita, tak mustahil dia akan rampas anak-anak kita bila mereka dah besar dan berjaya.
“Penyondol ni kalau dia baik dia tak akan menyondol… jadi jangan buat baik dengan orang yang dah jahat dengan kita, dah musnahkan keluarga kita,” kongsi individu itu.
Membalas hantaran tersebut, Abby memberitahu dia sentiasa berusaha untuk menjadi orang baik namun kalah dengan keadaan yang berlaku.
Dalam pada itu, Abby turut berharap orang ramai mendoakan agar dirinya terus kuat kerana masih banyak lagi tanggungjawab perlu dilaksanakan.
“Kita ni berusaha nak jadi orang baik, nak hidup dengan segala kebaikan atas dunia ni… tapi tulah. Akhirnya kalah dengan keadaan.
“Doakan saya terus kuat sebab banyak lagi tanggungjawab atas dunia ni yang belum selesai. Doakan untuk kita semua sama-sama berjaya jadi lebih baik dari hari ke hari ya,” katanya.
Sumber - Threads