Skip to main content

Viral

Kmy Kmo Terganggu Perangai Keras Hati Perokok Tegar Di Kedai Mamak, Netizen Pun Sepakat - "Spesies Tak Faham Bahasa!"

kmy_rokok

Sekilas

  • Kmy Kmo berkongsi pengalaman kurang selesa apabila pelanggan di kedai makan terus merokok walaupun ada papan tanda larangan.
  • Dia memilih untuk tidak mengadu dan hanya melemparkan senyuman bagi mengelakkan kekecohan di tempat awam.
  • Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi netizen yang turut mengalami situasi sama dengan perokok tegar di restoran walaupun larangan sudah lama dikuatkuasakan.

Penyanyi dan komposer, Kmy Kmo, mencuit perhatian warganet menerusi perkongsian terganggu dengan perokok di kedai makan.

Menerusi pengalamannya baru-baru ini, Kmy akui kurang selesa dengan situasi pelanggan yang selamba merokok biarpun jelas terpampang papan tanda larangan.

“Pagi-pagi bawa anak dan isteri pergi makan roti canai dekat mamak, meja belakang aku isap rokok, dinding sebelah dia betul-betul ada papan ‘Dilarang Merokok’.

"Nasib baik aku sarapan roti canai, kalau sarapan Anaconda atau sarapan Tebuan tanah brader belakang ni mesti mendapat punya,” tulisnya.

Katanya lagi, dia memilih untuk sekadar melemparkan senyuman bagi mengelakkan kekecohan.

Hantaran itu segera menerima pelbagai reaksi netizen yang rata-rata berkongsi pengalaman sama.

Akui ramai, isu perokok tegar di restoran masih berlaku walaupun larangan sudah berkuat kuasa bertahun-tahun.

“Dekat mamak memang berlambak. Kalau di Kuantan ni, lagi lah. Duduk meja tepi dinding je ada poster tu. Buat tak tahu je. Nak je ambil kepala tonyoh ke dinding, ‘BACAAAAA!’”

“Sekali KMY KMO punya peluru terbang baru dia tau, landai bukannya tinggi-tinggi.”

“Last month pun aku gaduh dengan kaki perokok ni kat gerai makan, sampai polis datang leraikan. Kita baru baca doa makan, spesis tak faham bahasa ni sedap isap rokok table belakang," tulis beberapa warganet.

Bermula 1 Januari lalu, sebanyak 28 kawasan termasuk restoran dan dobi digazetkan sebagai kawasan larangan merokok menerusi Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852).

Individu yang didapati bersalah merokok atau menggunakan produk merokok di kawasan larangan itu akan dikenakan denda maksimum sebanyak RM5,000.

Must-Watch Video

Advertisement