Skip to main content

Kpop

Korea Utara Hukum M*ti Pelajar Tonton Squid Game

squid

Sekilas

  • Warga Korea Utara, termasuk remaja, didakwa dihukum mati kerana menonton drama dan muzik Korea Selatan seperti Squid Game dan BTS, menurut laporan Amnesty International.
  • Hukuman berat ini lebih kerap dikenakan kepada golongan miskin, manakala golongan kaya mampu melepaskan diri dengan membayar rasuah.
  • Walaupun risiko tinggi, ramai rakyat Korea Utara tetap berani menyeludup dan menonton karya asing sebagai bentuk penentangan terhadap larangan ketat rejim.

Warga Korea Utara termasuk remaja sekolah didakwa telah menjalani hukuman mati selepas menonton karya fenomena Korea Selatan, Squid Game serta beberapa naskhah asing lain, lapor Amnesty International.

Laporan sama mendakwa fakta tersebut diperoleh daripada wawancara mendalam yang dijalankan bersama 25 orang pembelot atau rakyat Korea Utara yang berjaya melarikan diri daripada cengkaman rejim Kim Jong Un.

Seorang sumber mendakwa ada pelajar di wilayah Yanggang yang terletak berhampiran perbatasan China telah menjalani hukuman mati selepas ditangkap menonton Squid Game.

Kes sama juga pernah dilaporkan Radio Free Asia pada 2021 di Wilayah Hamgyong Utara kerana mengedarkan tayangan asal Korea Selatan.

Selain dihukum mati kerana menonton Squid Game atau siri lain seperti Crash Landing on You dan Descendants of the Sun, ada yang mendakwa berdepan ancaman sama jika mendengar muzik K Pop termasuk daripada band BTS.

Mereka juga mendakwa, mendengar, menonton atau mengikuti budaya Korea Selatan disifatkan sebagai jenayah serius.

Pada waktu rakyat marhaen berdepan hukuman mati, ada dalam kalangan orang kaya yang ‘tertangkap’ membayar rasuah kepada pendakwa raya untuk melepaskan diri.

Seorang sumber, Kim Joonsik mengaku sudah tiga kali tertangkap kerana menonton drama Korea Selatan. Namun dia bernasib baik dan terlepas hukuman kerana keluarga mempunyai hubungan baik dengan pihak tertentu.

Lelaki berusia 28 tahun yang meninggalkan negara tersebut pada 2019 berkata: “ Biasanya apabila seorang pelajar tertangkap, jika keluarga mempunyai duit, mereka hanya diberi peringatan.

“Saya tidak menerima hukuman kerana ada hubungan.”

Dia kemudian menceritakan tiga daripada rakan sekolah kakaknya menerima hukuman pada tahun 2010 kerana keluarga tidak mempunyai wang untuk membayar.

“Semua orang termasuk kanak-kanak sekolah akan diminta hadir dan menyaksikan hukuman yang menjadi ideologi pendidikan,” katanya lagi seperti dilaporkan Sky News.

Meski berdepan hukuman yang cukup berat, ramai yang berani menyeludup dan menonton karya asing di negara tersebut.

Anda mungkin berminat dengan

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

Must-Watch Video

Advertisement