Skip to main content

Hiburan

Kuala Makar Kini Diabadikan Di Perak, Signboard Lokasi Penggambaran GBGTH Dirasmikan

Kuala Makar Kini Diabadikan Di Perak, Signboard Lokasi Penggambaran GBGTH Dirasmikan

Sekilas

  • Astro Shaw melancarkan enam papan tanda Kuala Makar di lokasi penggambaran siri Good Boys Go To Heaven di Bukit Merah, Perak, sebagai penghargaan kepada masyarakat setempat dan peminat.
  • Siri thriller psikologi ini mencetus fenomena dengan jalan cerita penuh misteri dan interaksi aktif penonton di media sosial sejak tayangan pertama pada Mei 2026.
  • Inisiatif papan tanda ini bertujuan menghidupkan dunia fiksyen Kuala Makar dalam realiti serta membuka peluang pelancongan dan ekonomi setempat.
Advertisement

Siapa sangka Kuala Makar, sebuah pekan fiksyen yang pernah menjadi bualan hangat penonton menerusi siri premium Astro Originals, Good Boys Go To Heaven, kini mempunyai identitinya sendiri di dunia nyata.

Astro Shaw meraikan satu lagi detik bermakna menerusi majlis pelancaran enam papan tanda Kuala Makar yang ditempatkan di sekitar lokasi penggambaran ikonik siri berkenaan di Bukit Merah, Kerian, Perak.

Advertisement

Inisiatif ini bukan sahaja mengabadikan lokasi yang menjadi sebahagian penting daripada penceritaan Good Boys Go To Heaven, malah berpotensi menjadikannya tarikan baharu buat peminat yang ingin menjejaki sendiri dunia Kuala Makar.

Majlis pelancaran berlangsung meriah dengan kehadiran Penerbit Eksekutif Good Boys Go To Heaven merangkap Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad, bersama pasukan Astro Shaw, serta pelakon Good Boys Go Heaven iaitu Dai Fuad. Turut hadir, Puan Rabizah Hasni Binti Mohamad, Ketua Penolong Pegawai Daerah Pembangunan yang mewakili Pegawai Daerah Kerian; Yang Berbahagia Dato’ Haji Sham bin Mat Sahat, Pegawai Khas YAB Menteri Besar Perak; pemimpin masyarakat serta penduduk setempat yang memberikan sambutan cukup meriah.

Pelancaran ini turut menjadi simbol penghargaan kepada masyarakat setempat dan semua pihak yang telah memberikan kerjasama serta sokongan sepanjang penggambaran siri tersebut.

Advertisement

Menurut Raja Jastina Raja Arshad, Penerbit Eksekutif Good Boys Go To Heaven merangkap Ketua Astro Shaw, inisiatif ini membuktikan bagaimana sesebuah karya kreatif mampu meninggalkan impak yang melangkaui layar televisyen.

“Papan tanda ini bukan sekadar simbol kepada lokasi penggambaran, tetapi turut mencerminkan kerjasama erat antara pasukan produksi dan masyarakat setempat yang telah menerima kehadiran kami dengan begitu baik.”

“Inilah yang memberi kami lebih semangat untuk terus menghasilkan karya tempatan berkualiti yang bukan sahaja menghiburkan penonton, tetapi turut mencipta impak di luar skrin, termasuk membuka peluang kepada sektor pelancongan dan ekonomi setempat.

Kami berharap lebih ramai peminat dan pengunjung akan datang sendiri untuk meneroka Bukit Merah, Kerian serta mengenali keunikan lokasi ini,” kongsinya.

Terdahulu, Good Boys Go To Heaven mencetuskan fenomena tersendiri apabila berjaya menarik perhatian penonton yang bukan sekadar mengikuti jalan ceritanya, malah bertukar menjadi ‘detektif’ di media sosial bagi merungkai misteri pembunuhan seorang kanak-kanak bernama Ahyan.

Sejak episod pertama ditayangkan pada 8 Mei 2026, setiap episod mencetuskan pelbagai teori, spekulasi dan perdebatan hangat, khususnya di platform Threads.

Penonton aktif menganalisis setiap petunjuk, meneliti latar belakang watak dan mengemukakan teori masing-masing bagi mencari pembunuh sebenar Ahyan.

Fenomena ini menjadikan Good Boys Go To Heaven antara siri tempatan yang hangat diperkatakan sepanjang tempoh tayangannya.

Berlatarbelakangkan pekan fiksyen Kuala Makar, siri thriller psikologi ini mengisahkan Yasser, seorang bapa yang berdepan tragedi kehilangan anak lelakinya sebelum dirinya sendiri menjadi suspek utama dalam kes pembunuhan tersebut.

Dalam usaha membersihkan namanya, Yasser mula membongkar satu demi satu rahsia gelap yang tersembunyi di sebalik kehidupan masyarakat pekan berkenaan.

Diterbitkan oleh Astro Shaw dan diarahkan oleh Ariff Zulkarnain, siri ini menampilkan barisan pelakon hebat tanah air, antaranya Beto Kusyairy, Zahirah Macwilson, Amerul Affendi, Malek McCrone, Firdaus Karim, Sky Iskandar, Amanda Ang, Mila Mohsin dan Dai Fuad.

Selain penceritaan penuh misteri dan lakonan mantap, keindahan latar penggambaran di sekitar Bukit Merah dan Taiping turut memberikan identiti visual tersendiri kepada Kuala Makar, sekali gus menjadikan lokasi berkenaan cukup dekat dengan ingatan penonton.

Kini, dengan enam papan tanda Kuala Makar yang ditempatkan di lokasi penggambaran, dunia fiksyen yang pernah mencetuskan pelbagai persoalan dan teori dalam kalangan penonton terus dihidupkan sebagai sebahagian daripada pengalaman dunia sebenar.

Inisiatif ini juga mencerminkan komitmen Astro Shaw untuk terus memperluas impak karya tempatan, bukan sahaja menerusi penceritaan berkualiti, malah melalui kerjasama dengan pelbagai pihak bagi menyumbang kepada perkembangan industri kreatif dan memperkenalkan keunikan destinasi tempatan kepada khalayak lebih luas.

Good Boys Go To Heaven boleh ditonton semula menerusi On Demand.

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement