Skip to main content

Hiburan

Kylie Jenner Teringin…

Kylie Jenner Teringin…

Sekilas

  • Kylie Jenner bercakap tentang hasratnya untuk mendapatkan implan payudara yang lebih besar dan menonjol dalam podcast Better Half With Stas and Vic.
  • Dia mengakui sering memikirkan tentang perkara itu dan bercadang melakukan tindikan pusat sebagai pengalaman baru sebelum mencapai usia 30 tahun.
  • Pada Jun 2025, Kylie pernah dedahkan butiran implan silikon 445cc yang digunakannya, menyebabkan klinik doktor beliau menerima banyak pertanyaan.
Advertisement

Personaliti televisyen dan usahawan kecantikan Kylie Jenner mendedahkan hasrat untuk mendapatkan implan payudara bersaiz lebih besar selepas pernah berkongsi secara terbuka mengenai prosedur kosmetik yang dilakukannya sebelum ini.

Menerusi podcast Better Half With Stas and Vic, Kylie berkata dia mahukan bentuk payudara yang lebih menonjol malah mengakui perkara tersebut sering difikirkannya.

“Saya mahu lebih besar dan lebih menonjol. Saya cakap tentang perkara ini setiap hari.

“Saya mahu ia ‘masuk dahulu sebelum saya’,” katanya secara berseloroh.

Rakannya yang juga hos podcast, Anastasia Karanikolaou memberitahu Kylie sudah bercakap mengenai hasrat tersebut sejak setahun lalu dan berseloroh bahawa bintang berusia 29 tahun itu mungkin sudah terlalu obses dengan perkara berkenaan.

Bagaimanapun, Kylie mengakui dia mungkin tidak akan menjalani prosedur tersebut sebelum mencecah usia 30 tahun dan sebaliknya bercadang melakukan tindikan pada pusat sebagai pengalaman baharu.

Sebelum ini pada Jun 2025, Kylie pernah mendedahkan butiran implan payudaranya selepas ramai peminat bertanya mengenai bentuk yang disifatkan kelihatan semula jadi.

Ketika itu, dia memberitahu menggunakan implan silikon berkapasiti 445cc dengan profil sederhana dan sebahagiannya diletakkan di bawah otot.

Menurut Kylie, pendedahan tersebut menyebabkan klinik doktornya, Dr. Garth Fisher menerima banyak panggilan daripada individu yang mahu mengetahui butiran sama.

Sumber The Cut

Anda mungkin berminat dengan

Vacuum Sealer Bag Embossed/Vacuum Bag for food/Vacuum Packaging Bag Vacuum SealerFood/food vacuum bag/真空包装袋/纹路真空袋foodbag

Vacuum Sealer Bag Embossed/Vacuum Bag for food/Vacuum Packaging Bag Vacuum SealerFood/food vacuum bag/真空包装袋/纹路真空袋foodbag

PERFUME PARADISE EXCLUSIVE HQ SPECIAL EDITION FOR HER FOR HIM 30ML ORIGINAL HQ

PERFUME PARADISE EXCLUSIVE HQ SPECIAL EDITION FOR HER FOR HIM 30ML ORIGINAL HQ

[Bundle of 2] Neutrogena Rainbath Shower Gel - Original (946ml)

[Bundle of 2] Neutrogena Rainbath Shower Gel - Original (946ml)

YSL Yves Saint Laurent Le Cushion Encre De Peau SPF23PA++ (#20) (5g)

YSL Yves Saint Laurent Le Cushion Encre De Peau SPF23PA++ (#20) (5g)

《Mega Deal》Cartoon Animal Insulated Lunch Bag Reusable Lunch Box Bag Thermal Bag Suitable For Adults Children

《Mega Deal》Cartoon Animal Insulated Lunch Bag Reusable Lunch Box Bag Thermal Bag Suitable For Adults Children

【NEW Launch】Glad2Glow FLAWLESS BLURRING SKIN TINT Tinted Moisturizer 12h Long-Lasting

【NEW Launch】Glad2Glow FLAWLESS BLURRING SKIN TINT Tinted Moisturizer 12h Long-Lasting

Must Watch Video

Advertisement