Skip to main content

Hollywood

Lady Gaga Timang Anak Pada Usia 40 Tahun

Lady Gaga Timang Anak Pada Usia 40 Tahun

Sekilas

  • Lady Gaga dilaporkan telah menjadi ibu kepada seorang bayi bersama tunangnya, Michael Polansky, menurut laporan Page Six.
  • Berita ini belum disahkan secara rasmi oleh Gaga atau wakilnya sehingga kini.
  • Gaga pernah berkongsi impiannya untuk menjadi ibu dalam beberapa temu bual sejak 2019, dan dia bertunang dengan Polansky pada 2024.
Advertisement

Lady Gaga dilaporkan telah mencapai salah satu impian iaitu memiliki anak. Laporan mengenai bintang Grammy itu kini menjadi seorang ibu kepada seorang bayi yang dikongsi bersama tunangnya, Michael Polansky pertama kali dilaporkan Page Six.

People kemudian cuba mendapatkan kepastian yang disampaikan oleh sumber, namun berita baik tersebut belum dapat disahkan daripada pihak penyanyi, pelakon dan selebriti dunia tersebut.

Advertisement

Jika laporan tersebut benar, ini bermakna Gaga pertama kali memegang status ibu pada usia 40 tahun.

Sekitar Disember 2019, Gaga pernah memberitahu impiannya untuk menjadi seorang ibu. Ia merupakan salah satu impian yang ingin dicapai dalam tempoh 10 tahun akan datang.

“Saya mahu terlibat dengan lebih banyak filem. Saya mahu memiliki anak,” katanya pada waktu itu.

Advertisement

Menerusi satu temu bual lain pada 2020, Gaga memberitahu dia sangat teruja untuk membina keluarga dan memiliki anak.

“Saya sangat teruja untuk membina keluarga dan memiliki anak. Bukankah ia suatu hal yang menakjubkan apabila kita dapat hamil kemudian melahirkan dan membesarkan mereka. Saya mahu menjadi seorang ibu,” katanya dalam temu bual bersama Instyle tersebut.

Gaga dan Polansky dilaporkan pertama kali berkenalan pada tahun 2020 sebelum mengumumkan pertunangan mereka pada 2024 lalu.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY MICKEY MOUSE CAP Unisex Blue KA9885

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY MICKEY MOUSE CAP Unisex Blue KA9885

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

JDT Worldwide 1070

JDT Worldwide 1070

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Men White JM8396

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Men White JM8396

Must Watch Video

Advertisement