Kalau dulu ramai isteri lebih memilih untuk memendam perasaan apabila mengetahui pasangan berlaku curang, kini keadaan itu semakin berubah apabila mereka tampil ‘membuka pekung’ pasangan secara terbuka tanpa rasa takut atau malu.
Terbaharu, tular di media sosial satu rakaman video memaparkan seorang wanita bertindak menyerang suami serta wanita yang didakwa sebagai orang ketiga di lapangan terbang selepas mendakwa dirinya dikhianati.
Advertisement
Menerusi video yang kini meraih jutaan tontonan itu, wanita berkenaan dilihat menjerit sambil menuntut penjelasan daripada suaminya yang didakwa ingin bercuti ke Bali bersama kekasih gelapnya.
Lebih mengejutkan, wanita yang dikatakan ‘perampas’ itu cuba melarikan diri namun sempat ditarik rambut oleh seorang lagi individu dipercayai teman kepada isteri sah berkenaan.
Melalui kapsyen, wanita itu menceritakan detik apabila mendapati suaminya merancang percutian ke Bali bersama wanita lain, hanya sehari selepas sambutan hari lahirnya.
“Pada 31 Mei pukul 5.31 pagi, saya terima mesej WhatsApp daripada suami (kini bekas suami) mengandungi tiket penerbangan Bali–Jakarta. Nama seorang wanita yang saya tidak kenal tertera di situ.
“Saya ke lapangan terbang untuk pastikan sendiri dan ternyata benar, mereka berdua merancang percutian bersama. Lebih menyedihkan, sehari sebelum itu kami sepakat mahu memulakan program hamil di hospital,” tulisnya.
Wanita tersebut turut mendakwa suaminya bernikah dengan wanita terbabit sehari selepas mereka membuat keputusan untuk menjalani rawatan kesuburan, sekali gus meninggalkannya dalam keadaan hancur.
Kisah itu mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang rata-ratanya memuji keberanian wanita berkenaan kerana tidak lagi berdiam diri dengan pengkhianatan pasangan.