Skip to main content
Advertisement

Berita Tempatan

Lakon Watak Wanita Sindrom Turner, Noorkhiriah Dinobat Pelakon Wanita Terbaik ASA 2026, Azhan Rani Turut Cemerlang!

Lakon Watak Wanita Sindrom Turner, Noorkhiriah Dinobat Pelakon Wanita Terbaik ASA 2026, Azhan Rani Turut Cemerlang!

Sekilas

  • Noorkhiriah dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Drama TV Terbaik di Anugerah Seri Angkasa 2026 menerusi drama Seribu Tahun.
  • Azhan Rani menang Pelakon Lelaki Drama TV Terbaik untuk watak antagonis dalam drama Wok, manakala Bade Haji Azmi memenangi Pengarah Drama TV Terbaik untuk Dosa Tak Terampun.
  • Drama Selampai Labung diumumkan sebagai Drama TV Terbaik dan menerima Dana Kandungan Digital RM200,000 bersama trofi.
Advertisement

Kehebatan aktres Noorkhiriah membawakan watak wanita dengan sindrom Turner bernama Nor menerusi drama Seribu Tahun akhirnya membuahkan hasil apabila dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Drama TV Terbaik pada Anugerah Seri Angkasa 2026 (ASA 2026).

Kemenangan tersebut sekali gus membuktikan kemampuan Noorkhiriah menghidupkan watak yang mencabar, selain menambah satu lagi pencapaian bermakna dalam perjalanan kerjaya seninya.

Advertisement

Menerusi kategori berkenaan, Noorkhiriah berjaya mengetepikan saingan pelakon hebat lain termasuk Fauziah Ahmad Daud, Mira Filzah dan Sharifah Sakinah.

Untuk rekod, Noorkhiriah meraih kemenangan menerusi drama Seribu Tahun yang disiarkan di Astro Ria.

Tuah turut menyebelahi aktor Azhan Rani apabila diumumkan sebagai Pelakon Lelaki Drama TV Terbaik menerusi watak antagonis bernama Deris dalam drama Wok yang ditayangkan di Unifi TV.

Advertisement

Kejayaan itu menjadi pengiktirafan terhadap persembahan Azhan yang berjaya memberikan impak menerusi watak berkenaan.

Menerusi kemenangan masing-masing, Noorkhiriah dan Azhan membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000 berserta trofi.

Dalam kategori lain, pengarah Bade Haji Azmi turut mencipta kejayaan apabila memenangi Pengarah Drama TV Terbaik menerusi drama Dosa Tak Terampun yang disiarkan di TV1.

Drama yang menampilkan lakonan Nad Zainal dan Fauziah Ahmad Daud itu turut menjadi antara karya yang mencuri perhatian dalam penganjuran kali ini.

Sementara itu, drama Selampai Labung arahan Danny Alamsyah Adriansyah diumumkan sebagai Drama TV Terbaik.

Karya yang mengetengahkan keunikan seni tenunan tradisional Pua Kumbu serta budaya masyarakat Sarawak itu menerima Dana Kandungan Digital (DKD) berjumlah RM200,000 berserta trofi.

Bagi kategori pelakon pembantu pula, Harun Hashim meraih Pelakon Pembantu Lelaki Drama TV Terbaik menerusi Bilal Dan Abah, manakala Siti Elizad memenangi Pelakon Pembantu Wanita Drama TV Terbaik menerusi Detik Waktu.

Kedua-duanya menerima wang tunai RM8,000 berserta trofi.

Tidak ketinggalan, Zahiril Adzim diumumkan sebagai Pelakon Komedi TV Terbaik menerusi Ramadan I Miss You, sementara Muhammad Dinnie Asyraf Salim daripada Bernama TV memenangi Pengacara TV Terbaik.

Dalam acara sama, seniman tersohor Datuk Rahim Razali turut menerima pengiktirafan sebagai Tokoh Seri Angkasa 2026, manakala Anugerah Khas Juri diberikan kepada pencipta kandungan animasi, Khiu Siaw Fong.

ASA 2026 yang mengangkat tema Segalanya Bermula Di Sini dikendalikan oleh Datuk Aznil Nawawi dan Sherry Alhadad.

Malam kemuncak tersebut turut diserikan dengan persembahan penyanyi popular termasuk Ning Baizura, Aisha Retno, Hael Husaini, Dayang Nurfaizah dan Salamiah Hassan.

Anda mungkin berminat dengan

Nike Paris Saint-Germain Bucket Hat

Nike Paris Saint-Germain Bucket Hat

TIMAGE Tri-color Contouring Plate

TIMAGE Tri-color Contouring Plate

SHEGLAM Buttery Bliss Face Blush Stick

SHEGLAM Buttery Bliss Face Blush Stick

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Men White JM8396

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Men White JM8396

SHEGLAM Camera On Smooth Blur Primer Smooth Poreless Moisturizing Face Base

SHEGLAM Camera On Smooth Blur Primer Smooth Poreless Moisturizing Face Base

Must Watch Video

Advertisement