Skip to main content

Hiburan

Lakonan Dikritik, Elisya Sandha Mohon Netizen Tidak Libatkan Sheila Rusly - “Awak Boleh Berkata Apa Saja Tapi…”

Elisya Sandha

Sekilas

  • Seorang individu di Threads mengajak orang ramai untuk memboikot drama siri lakonan Elisya Sandha yang sedang ditayangkan di platform OTT.
  • Individu tersebut juga meminta Sheila Rusly sebagai ibu mentua untuk menasihati Elisya yang didakwa bangga dengan watak lakonannya dalam drama itu.
  • Elisya menegaskan agar keluarga termasuk ibu mentuanya tidak dilibatkan dalam kritikan terhadap lakonannya dan drama tersebut.
Advertisement

Seorang individu di Threads mengajak orang ramai untuk memboikot drama siri lakonan pelakon Elisya Sandha yang kini sedangkan ditayangkan menerusi platform over-the-top (OTT).

 

Advertisement

Menerusi hantaran individu tersebut juga meminta selebriti Sheila Rusly sebagai ibu mentua menegur dan menasihati menantunya yang didakwa berbangga melakonkan watak dalam drama tersebut. 

 

“Tolong ramai support untuk BOIKOT cerita ni! Sebelum bala Allah kasi clear habis Malaysia ni. Shiela Rusly as ML sepatutnya tak bangga apa yang menantu she buat.

 

“Awak patut nasihat! Tapi… lagi bangga ALL OUT sangat kan! COME ON YA GUYS!!! Please report and BOIKOT cerita ni sehabis-habisnya. We also had a power what,” tulis individu tersebut. 

Advertisement

 

Membalas hantaran tersebut, Elisya bagaimanapun meminta individu tersebut tidak mengaitkan ibu mentuanya dengan drama siri lakonannya.

 

“Tolong jangan libatkan ibu mentua saya. Drama siri ini tidak kena mengena dengan dia, jadi saya hargai kalau awak tidak libatkan keluarga saya dalam perkara ini,” tegas Elisya. 

 

Pada hantaran yang sama, Elisya turut berkata dia tidak kisah sekiranya lakonannya dikritik namun berharap individu tersebut tidak melibatkan keluarganya. 

 

“Awak boleh berkata apa saja yang awak mahukan tentang saya atau drama siri ini, tapi tolong jangan libatkan keluarga saya. 

 

“Itu batasan yang saya tegaskan, saya mahu awak hormati. Tiada dendam, cuma tolong jangan langgar batas itu. Terima kasih,” katanya lagi. 

 

Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Emas Jaguar (6.86g)Gold Plated Rantai Leher Necklace Papan 50CM + Loket Love Ace (416500201+LA756)

Emas Jaguar (6.86g)Gold Plated Rantai Leher Necklace Papan 50CM + Loket Love Ace (416500201+LA756)

Nike Fly Unstructured Denim Adjustable Cap - College Navy [IB2345-419]

Nike Fly Unstructured Denim Adjustable Cap - College Navy [IB2345-419]

TIMAGE Tri-color Contouring Plate

TIMAGE Tri-color Contouring Plate

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

Emas Jaguar (4.21g)Gold Plated Rantai Leher Necklace Papan 0.2 50cm (416500201)

Emas Jaguar (4.21g)Gold Plated Rantai Leher Necklace Papan 0.2 50cm (416500201)

Must Watch Video

Advertisement