Salah seorang anggota 2PM, Taecyeon mengumumkan bakal menamatkan zaman bujang pada usia 36 tahun bersama kekasihnya yang bukan dalam kalangan selebriti.
Berita gembira itu disampaikan selepas dia dilihat melamar kekasihnya di hadapan Eiffel Tower di Paris pada Februari lalu. Mereka telah menjalin asmara selama enam tahun.
Advertisement
“Hello. Ini OK Taecyeon dari 2PM. Saya memutuskan untuk menulis dan berkongsi berita gembira ini dengan peminat yang tidak pernah berhenti memberi sokongan buat saya.
“Sudah 19 tahun berlalu sejak saya debut dan saya berada di sini kerana anda semua. Sebab itu saya rasa anda berhak menjadi yang pertama tahu berita ini.
“Saya sudah berjanji untuk menghabiskan hidup bersama wanita yang memahami dan dipercayai sejak sekian lama.
“Kini kami mahu hidup bersama dan sentiasa berada di sisi masing-masing (berkahwin),” tulis Taecyeon seperti dilaporkan AllKpop.
Menerusi surat tersebut, Taecyeon juga berjanji untuk menjadi anak seni yang lebih baik selepas berkahwin kerana sokongan peminat.
Terdahulu penyanyi yang juga pelakon ini mengaku menjalin hubungan cinta sejak tahun 2020. Mereka dikatakan bakal berkahwin sekitar musim bunga ini.