Skip to main content

Hiburan

Lan Pet Pet Buat Permohonan Maaf Secara Bersemuka, Fazura Maafkan - “Tak Apa Abang Lan, Kita Kosong Kosong”

Lan Pet Pet

Sekilas

  • Lan Pet Pet memohon maaf secara bersemuka kepada Fazura selepas gurauan tidak kena tempat yang dibuatnya terhadap pelakon itu.
  • Lan menjelaskan tiada niat untuk melukakan hati Fazura dan mengakui rasa ‘down’ akibat kejadian tersebut.
  • Fazura memaafkan Lan dan menegaskan pentingnya bekerjasama dalam suasana positif serta saling belajar daripada kesilapan.

Selepas membuat video permohonan maaf susulan gurauan tidak kena tempat yang dibuatnya terhadap pelakon, Fazura, pelawak, Lan Pet Pet sekali lagi membuat permohonan maaf secara bersemuka kepada aktres tersebut.

Menerusi video dimuat naik syarikat tekstil ternama, Jakel di TikTok, Lan atau nama sebenarnya Mazlan Ahmad memohon maaf sambil menjelaskan bahawa dirinya sama sekali tidak berniat melemparkan gurauan sebegitu kepada Fazura.

Ujar Lan, perkara itu juga sedikit sebanyak telah membuatkan dirinya berasa ‘down’.

“Assalamualaikum Faz (Fazura), saya (Lan Pet Pet) minta maaf atas keterlanjuran dan percakapan saya. Saya minta maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.

“Saya rasa ‘down’ sangat sebab saya sama sekali tak ada niat nak lukakan hati Fazura,” luah Lan.

Permohonan maaf Lan itu kemudiannya disambut baik Fazura yang memaklumkan bahawa dirinya sudah pun memaafkan ahli kumpulan Senario itu.

“Saya maafkan, abang Lan jangan ‘down’ sebab kita okay je.

“Tak mengapa, sama-samalah kita belajar daripada kesilapan. Faz pun kadang-kadang ada buat silap juga.

“Yang penting kita bekerjasama dalam suasana yang positif dan harmoni serta silaturrahim yang baik.

“Tak apa Abang Lan, kosong kosong. Jangan risau,” balas Fazura.

Sebelum ini, usikan Lan berkaitan perkahwinan dengan Fazura disifatkan peminat sebagai tidak bersesuaian dan berbaur lucah.

Tindakan itu turut diselar kerana dianggap kurang sensitif, tidak menghormati golongan wanita serta menjatuhkan maruah wanita, khususnya Fazura yang kini bergelar ibu tunggal.

Susulan itu, Lan membuat permohonan maaf atas keterlanjurannya yang kemudiannya disambut baik oleh Fazura.

Sumber: TikTok Jakel

Anda mungkin berminat dengan

Naelofar Iznik Sejadah

Naelofar Iznik Sejadah

ZOE ARISAH Qasine Chiffon Bawal 45

ZOE ARISAH Qasine Chiffon Bawal 45

Kerepek Ubi Pedas Basah 400g Tapioca Chips Flavour Syrup Sambal Chili 400g SIGNATURE DELIGHT

Kerepek Ubi Pedas Basah 400g Tapioca Chips Flavour Syrup Sambal Chili 400g SIGNATURE DELIGHT

YAN@YAN Blouse Muslimah Kain Cotton Sulam

YAN@YAN Blouse Muslimah Kain Cotton Sulam

Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg) (Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg))

Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg) (Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg))

Must-Watch Video

Advertisement