Skip to main content

Hiburan

Lancar Single Pertama, Siti Nurhaliza Bangga Dengan Odda - “Dia Sangat Bekerja Keras, Jadualnya Juga Padat”

Siti Nurhaliza

Sekilas

  • Datuk Seri Siti Nurhaliza memilih penyanyi muda Odda sebagai artis di bawah Siti Nurhaliza Legacy berdasarkan bakat dan usaha, bukan latar belakang keluarganya.
  • Odda, yang berusia 17 tahun, aktif dalam bidang seni termasuk nyanyian, lakonan, dan pengacaraan, menunjukkan komitmen tinggi walaupun jadualnya padat.
  • Odda baru sahaja melancarkan single pertamanya berjudul Gelanggang Rasa yang menggabungkan irama pop kontemporari dan elemen R&B.
Advertisement

Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menegaskan pemilihan penyanyi muda, Auddra Zulkifli atau lebih dikenali sebagai Odda sebagai artis di bawah naungan syarikat rakamannya iaitu Siti Nurhaliza Legacy (SNL) bukan dibuat atas faktor latar belakang keluarga penyanyi itu sebaliknya berdasarkan bakat dan usaha yang ditunjukkan.

Menurut Siti atau nama Siti Nurhaliza Tarudin, Odda sememangnya mempunyai kelebihan tersendiri sehingga melayakkan dirinya dipilih sebagai antara artis di bawah naungan SNL.

Advertisement

“Bagi saya, kita tak boleh cakap dia tak layak, bagi saya dia (Odda) layak. Sebab itu saya pilih dia. Kalau tak layak saya tak pilih.

“Kalau bercakap mengenai laluannya mudah, saya rasa tak perlu dipertikaikan pun sebab Odda memang dilahirkan dari keluarga seni. Nak tak nak, memang orang akan terus mengenali dia dan daripada ‘baby’ pun orang dah kenal dia.

“Saya pun dah ambil dia sebagai anak angkat daripada dia kecil. Selebihnya dia perlu buktikan bahawa muzik yang dibawakan itu memang sesuai dan kena dengan dia punya karakter. Saya pun nak dia tunjukkan dia boleh seperti Umairah dia sudah pergi bertanding di peringkat antarabangsa.

“Odda ini saya sudah tengok dia di pentas Talk To My Manager. Ketika itu dia belum lagi bernaung di bawah syarikat saya. Dia sudah membuktikan usahanya dan dia juga sudah ada pengikut tersendiri,” katanya kepada Gempak.

Siti berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran single pertama Odda yang berjudul Gelanggang Rasa bertempat di Ideas Kuala Lumpur pada Selasa.

Melihat kepada kerja keras yang ditunjukkan Odda, pelantun lagu Wajah Kekasih ini menganggap anak muda berusia 17 tahun itu sangat komited dan sentiasa berusaha bersungguh-sungguh dalam menempa namanya dalam bidang seni.

“Saya bangga dengan Odda. Dia pun sangat bekerja keras dan ia nampak dengan usianya yang muda ini. Dia bukan buat satu kerja sahaja, dia bukan menyanyi sahaja, dia berlakon, jadi pengacara. Memang jadualnya padat sehingga saya pun susah nak dapatkan dia.

“Saya ingat saya sahaja yang orang susah nak dapat sebabkan jadual saya. Untuk rakaman lagu ini sebenarnya kita rancang untuk lakukan lebih awal, tapi dia banyak job. Alhamdulillah, rezeki dia. Akhirnya dapat jugalah lancarkan lagunya,” katanya.

Walau bagaimnapaun, Siti berharap Odda mampu menguruskan masa dengan baik demi merealisasikan impian yang diidamkan.

“Sebenarnya beban dia besar jugalah saya tengok. Tapi cuma saya harap dia boleh mengharunginya dengan baik. Pandai bahagikan masa, insya-Allah semua boleh dibuat dengan baik.

“Dia ada impiannya, dia ada visi dalam kerjaya dia, dia kena capai impian dia. Bagi saya, selagi dia tak buat benda yang tak elok, itu sudah memadai. Yang lain, dia kena capailah impian dia,” katanya.

Terbaharu, Odda baru saja melancarkan single pertamanya yang berjudul Gelanggang Rasa.

Menampilkan gabungan irama pop kontemporari dan elemen R&B, Gelanggang Rasa merupakan hasil ciptaan Micu Ellis dan Mingaling, manakala lirik ditulis oleh Micu Ellis bersama Aril Armani.

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement