Skip to main content

Hiburan

Lebih 5 Tahun Tercalon, Akhirnya Anugerah Penyanyi Lelaki Popular Milik Hael Husaini - “Lambat Laun Rezeki…”

Hael Husaini

Penyanyi, Hael Husaini dinobatkan sebagai Penyanyi Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular ke-37 (ABP37).

Menurut Hael, dia tidak menyangka akan merangkul anugerah tersebut selepas lebih lima tahun tercalon.

“Saya tak jangka menang sebab peminat saya lebih sedikit berbanding calon yang lain, bukan lah nak kata yang tak hebat tetapi mungkin malam ini rezeki saya.

“Mungkin ini boleh menjadi inspirasi kepada anak muda dan bukti bahawa lambat laun, rezeki itu tetap akan sampai,” ujarnya ketika ditemui Gempak.

Selain Hael, antara saingan nama besar lain yang tercalon adalah Amir Masdi, Haqiem Rusli, Khai Bahar dan Naqiu, yang masing-masing mempunyai pengaruh besar serta kelompok peminat sendiri.

Hael sebelum ini pernah empat kali tercalon dalam kategori sama pada edisi ABP Ke-31, 33, 35 dan 36.

Hael Husaini pernah membawa pulang trofi Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular pada ABP Ke-32 menerusi gandingan bersama Dayang Nurfaizah.

Must-Watch Video

Advertisement