Skip to main content

Selebriti

Lebih Sejam Nak Ke Kereta, DJ Sonic Dedah Sikap Sebenar Fazura – “Dia Layan Semua Orang Nak Ambil Gambar Walaupun Penat…”

Lebih Sejam Nak Ke Kereta, DJ Sonic Dedah Sikap Sebenar Fazura – “Dia Layan Semua Orang Nak Ambil Gambar Walaupun Penat…”

Sekilas

  • DJ Sonic dedah Fazura seorang yang sangat menghargai peminat walaupun dalam keadaan penat.
  • Fazura mengambil masa lebih satu jam untuk sampai ke keretanya kerana ramai peminat yang mahu bergambar dengannya.
  • Peminat Fazura juga menunjukkan sikap sopan dengan memohon maaf selepas mengganggu masa pelakon itu.
Advertisement

Pengacara, DJ Sonic mendedahkan sikap dan keperibadian sebenar sahabat baiknya iaitu pelakon, Nur Fazura.

DJ Sonic menyifatkan Fazura sebagai seorang individu yang sentiasa menghargai peminat walaupun dirinya dalam keadaan penat.

Advertisement

Menerusi perkongsian di platform Threads, DJ Sonic mendedahkan Fazura pernah mengambil masa lebih satu jam untuk sampai ke keretanya gara-gara dikerumuni peminat yang ingin bergambar.

“Sepatutnya lima minit dah sampai kereta, tapi Fazura perlukan lebih satu jam untuk sampai ke kereta ya.

“Bayangkan nak masuk kereta pun sempat lagi orang kejar nak ambil gambar. Hebatnya Fazura ni, dia layan semua orang nak ambil gambar walaupun dia sangat sangat penat!” kongsinya.

Advertisement

Bagaimanapun, tidak hanya Fazura, DJ Sonic juga menyatakan rasa kagum terhadap sikap peminat Fazura.

“Tapi yang saya bangga dengan peminat Faz ni, lepas ambil gambar mereka minta maaf sebab ganggu masa dia, mohon maaf.

“Allah, saya dengar pun sebak! Baiknya mereka semua! Bangga juga dengan Faz ni, sepenat mana pun dia, dia tetap layan semua orang,” coretnya.

Anda mungkin berminat dengan

MAELY | Tea Basic by Telekung Tea | Telekung Sulam Cotton + Bag + Gift Box | Travel Friendly

MAELY | Tea Basic by Telekung Tea | Telekung Sulam Cotton + Bag + Gift Box | Travel Friendly

Nelia Plain Soft Cotton Rayon Shawl Modal Cotton Hijab Headscarf Pashmina Shawl Muslim Women Tudung

Nelia Plain Soft Cotton Rayon Shawl Modal Cotton Hijab Headscarf Pashmina Shawl Muslim Women Tudung

Zara Awliya | Telekung Premium MALEEQA [Free Box Exclusive, Bag Telekung & Totebag]

Zara Awliya | Telekung Premium MALEEQA [Free Box Exclusive, Bag Telekung & Totebag]

LAVEN Watercolor Painting Cotton Viscose Shawl Breathable Soft Pashmina Selendang Muslim Women Shawl Hijab Scarf

LAVEN Watercolor Painting Cotton Viscose Shawl Breathable Soft Pashmina Selendang Muslim Women Shawl Hijab Scarf

Tudung Sarung Moscrepe Sarimah Plain Instant READY STOCK SIZE M L

Tudung Sarung Moscrepe Sarimah Plain Instant READY STOCK SIZE M L

Jifang Hot Sale Retro Vintage Tie-dye Colorful Painting Cotton Polyester Shawl Long Pashmina Shawl Head Scarf Shawls Muslim Hijabs Tudung FX01

Jifang Hot Sale Retro Vintage Tie-dye Colorful Painting Cotton Polyester Shawl Long Pashmina Shawl Head Scarf Shawls Muslim Hijabs Tudung FX01

Related Topics

Must Watch Video

Advertisement