Skip to main content

Hiburan

Lelaki Hampir Maut Dipatuk Kepala Ular Sudah Terputus

Ketika insiden yang berlaku pada Mei lalu, Zhang, 72, dilaporkan sedang memancing di kawasan tebing sungai yang terpencil tanpa menyedari dia telah memasuki habitat ular berbisa tersebut.

Sekilas

  • Seorang lelaki warga emas berusia 72 tahun hampir maut selepas dipatuk kepala ular tedung yang sudah terputus ketika memancing di tebing sungai.
  • Walaupun kepala ular terpisah, ia masih mempunyai refleks saraf yang menyebabkan taring berbisanya menembusi tangan mangsa dan menyebabkan gejala serius seperti sesak dada dan penglihatan kabur.
  • Selepas rawatan kecemasan dan pembedahan, tangan kiri mangsa yang mengalami kerosakan tisu berjaya diselamatkan selepas dua bulan.
Advertisement

Seorang lelaki warga emas nyaris menemui ajal selepas dipatuk seekor ular tedung walaupun kepala reptilia itu telah terpisah dari badan kira-kira lima minit sebelum kejadian.

Ketika insiden yang berlaku pada Mei lalu, Zhang, 72, dilaporkan sedang memancing di kawasan tebing sungai yang terpencil tanpa menyedari dia telah memasuki habitat ular berbisa tersebut.

Advertisement

Dia menggunakan penyodok kecil yang dibawanya untuk memukul ular berkenaan ketika ia cuba menyerang sehingga kepalanya terputus.

"Zhang cuba mengangkat kepala reptilia itu, namun ia mematuk tangannya secara tiba-tiba. Kepala ular yang terputus itu dipercayai masih mempunyai tindak balas saraf dan refleks semula jadi sehingga taring berbisanya berjaya menembusi tangannya," menurut laporan media tempatan.

Zhang memberitahu patukan itu terasa 'seperti terkena renjatan elektrik' dan ia terus menggigitnya selama beberapa minit.

Luka pada tangannya bertukar kehitaman dan membengkak. Dalam tempoh kurang 20 minit, Zhang mula mengalami sesak dada, penglihatan kabur, loya dan muntah.

Selepas menerima rawatan kecemasan awal, dia dipindahkan ke sebuah hospital lain di Zhejiang untuk rawatan lanjut.

Setibanya di hospital, bahagian lengan kirinya dilaporkan membengkak teruk dari ibu jari hingga ke bahu. Kulit di sekitar tempat luka turut bertukar hitam, mengalami nekrosis dan terasa panas apabila disentuh.

Mangsa juga mengalami gejala sistemik akibat bisa ular tedung itu. Doktor akhirnya menjalankan pembedahan sebelum racun menyebabkan kerosakan tisu yang tidak dapat dipulihkan.

Dua bulan selepas menerima rawatan, tangan kiri Zhang akhirnya berjaya diselamatkan.

Sumber: Sinar Harian 


 

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement