Skip to main content

Hiburan

Lepas BASS, Netizen Tunggu Giliran ‘Dida-Vida’ Pula, Ini Respons Fazley Yaakob - “Baru Nak Start Plan Ni….”

Lepas BASS, Netizen Tunggu Giliran ‘Dida-Vida’ Pula, Ini Respons Fazley Yaakob - “Baru Nak Start Plan Ni….”

Sekilas

  • Selepas pernikahan Bella Astillah dan Syed Saddiq, perhatian warganet kini tertumpu kepada pasangan Datuk Fazley Yaakob dan Datuk Seri Vida yang berhasrat untuk berkahwin.
  • Fazley memberi bayangan bahawa perancangan perkahwinan mereka baru sahaja hendak dimulakan melalui komen berseloroh di Threads.
  • Fazley menjelaskan keputusan berkahwin perlu dibuat dengan teliti kerana ada urusan keluarga dan dokumentasi yang perlu diselesaikan terlebih dahulu.
Advertisement

Selepas majlis pernikahan Bella Astillah dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman selesai, perhatian warganet kini beralih kepada pasangan Datuk Fazley Yaakob dan Datuk Seri Vida yang sebelum ini mengakui mempunyai hasrat untuk mendirikan rumah tangga.

Menerusi Threads, seorang warganet meluahkan rasa teruja dan menantikan pula giliran pasangan berkenaan selepas selesai ‘BASS’.

“BASS dah lepas. Kita tunggu Dida dengan Vida pula,” tulisnya.

Tidak berdiam diri, Fazley tampil membalas komen tersebut sambil memberi bayangan bahawa perancangan ke arah itu baru hendak dimulakan.

“Berpeluh sejuk.. baru nak start plan ni wei,” katanya dengan nada berseloroh 

Sebelum ini, Fazley mengakui dia dan Vida mempunyai hasrat untuk mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.

Bagaimanapun, dia menjelaskan keputusan tersebut tidak boleh dilakukan secara terburu-buru kerana terdapat beberapa perkara yang perlu diselesaikan terlebih dahulu termasuk urusan keluarga dan dokumentasi.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

PUMA Unisex Ascenso Sneakers (White-Gray)

PUMA Unisex Ascenso Sneakers (White-Gray)

DEEM Casual Pants Slack Pants For Women Straight Cut Pants Vogue Pants Trousers Belt

DEEM Casual Pants Slack Pants For Women Straight Cut Pants Vogue Pants Trousers Belt

G&M#Vest Dress for Women Long Dress A-line High Quality Elegant Sleeveless Slim Fit Waist Style Pakaian Kasual#99012

G&M#Vest Dress for Women Long Dress A-line High Quality Elegant Sleeveless Slim Fit Waist Style Pakaian Kasual#99012

Hot Kasut Convese All Starr Low Cut Ready Stock

Hot Kasut Convese All Starr Low Cut Ready Stock

CROSSRUNNER Plus Size 4XL 5XL 6XL 7XL Big Round Neck Jersey Sport Training T-Shirt Unisex Microfiber Baju Jersi CRR7000

CROSSRUNNER Plus Size 4XL 5XL 6XL 7XL Big Round Neck Jersey Sport Training T-Shirt Unisex Microfiber Baju Jersi CRR7000

GEWORTH Seluar Cargo Wanita Style Loose Baggy Lelaki Perempuan Viral Bergetah

GEWORTH Seluar Cargo Wanita Style Loose Baggy Lelaki Perempuan Viral Bergetah

Must Watch Video

Advertisement