Skip to main content

Hiburan

Luahan Abang Mangsa Nahas LPT1 Undang Sebak - “Satu Je Along Tanya Doktor, Diaorang Rasa Sakit Tak…”

Luahan Abang Mangsa Nahas LPT1 Undang Sebak - “Satu Je Along Tanya Doktor, Diaorang Rasa Sakit Tak…”

Sekilas

  • Iqiekazama, kakak kepada mangsa nahas di LPT1, berkongsi luahan sedih dan proses pengecaman jenazah adik serta keluarga di media sosial.
  • Dia mendapat kepastian daripada doktor forensik bahawa mangsa tidak merasa sakit ketika kemalangan, memberikan sedikit kelegaan kepadanya.
  • Iqiekazama reda dengan kehilangan itu dan mendoakan agar roh adik, adik ipar, dan anak saudaranya dicucuri rahmat serta ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
Advertisement

Seorang individu dikenali sebagai Iqiekazama yang dipercayai merupakan abang kepada mangsa nahas kemalangan di Lebuhraya Pantai Timur (LPT1) iaitu Nur Atiqah Sofiya Mohd Kazwan menyorot perhatian apabila memuat naik luahan yang mengundang sebak ramai.

Menerusi ciapan di Threads, Iqiekazama memaklumkan ketika ini dia masih terkejut dengan berita tersebut malah seakan tidak percaya mengenai kejadian yang telah menimpa adiknya.

Advertisement

“You will never know how much you love someone until you lost them.

“Sofiya , along tak tahu macam mana nak proses aok dah takde,armaan takde,naza takde.

“Bila baca berita rasa macam mimpi, betul ke? betul ke?,” tulisnya.

Sehinggalah proses pengecaman jenazah dilakukan, Iqiekazama berkata dia terpaksa menguatkan diri berdepan situasi tersebut.

Dia kemudiannya mendapatkan penjelasan daripada doktor forensik mengenai kecederaan yang dialami ketiga-tiga mangsa, namun ada satu perkara yang bermain di fikirannya ketika itu.

“Sampai lah along sendiri kene kuatkan diri buat pengecaman jenazah. Allah pelihara aok naza and armaan,muka cantik jelas.

“Along dengar penjelasan dr forensik tentang kecederaan yang berlaku tapi along tanya satu je dekat doktor, ‘Doktor, diorang rasa sakit tak doktor?’

“Doktor cakap tak, diorang tak rasa,” tambahnya lagi.

Mendengar kepada jawapan itu, Iqiekazaman memaklumkan dia berasa sangat lega kerana adik, adik ipar serta anak saudaranya ‘pergi’ dalam keadaan yang tidak menyakitkan.

Di akhir perkongsian, Iqiekazama memaklumkan dia reda dengan apa yang berlaku dan mendoakan agar roh adik, adik ipar dan anak saudaranya mencucuri rahmat.

“I know many will miss your cakes including me.Forever my sister, forever mangah to my raufa radwa raesa and angah to us

“Damailah dekat sana dengan Armaan dan Naza. Nantikan kami pula di negeri abadi, al-Fatihah,” tambahnya.

Terdahulu, Nur Atiqah Sofiya dan suami Muhammad Nazatullah Nazmi serta anak mereka.

Selain mereka, kemalangan membabitkan 11 kenderaan di arah Lanchang menghala ke Kuantan, Pahang itu telah menyebabkan empat nyawa terkorban.

Sama-sama kita doakan agar roh kesemua mangsa dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement