Skip to main content

Bollywood

Madhuri Dixit Kongsi Kisah Kena Body Shaming, Diminta ’Betulkan’ Hidung

madhuri

Sekilas

  • Madhuri Dixit mendedahkan dia pernah menerima kritikan dan body shaming pada awal kariernya dalam industri Bollywood sekitar tahun 1980-an.
  • Nasihat ibunya agar tidak peduli dengan kritikan fizikal terbukti benar selepas kejayaan filem Tezaab yang mengubah penerimaan peminat terhadapnya.
  • Dia menasihati generasi baru agar menerima keunikan diri sendiri dan tidak terpengaruh dengan standard kecantikan yang ditetapkan dunia hiburan.

Madhuri Dixit mungkin menjadi satu nama besar dalam dunia Bollywood. Namun aktres terkenal itu tidak melalui perjalanan yang ‘baik’ sepanjang kariernya.

Dalam satu temu bual bersama Nayandeep Rakshit di YouTube miliknya, Madhuri mendedahkan sering menerima kritikan dan body shaming pada awal pembabitannya dalam bidang seni sekitar tahun 1980-an silam.

“Ramai yang memberi kritikan tentang tubuh dan anggota badan saya. Ada yang datang kepada saya menegur agar saya ‘membetulkan’ hidung, lakukan itu, buat ini.

“Saya mengadu kepada ibu dan beliau memberi nasihat ‘jangan risau tentang itu semua. Apabila anda telah sukses dengan filem yang dilakonkan, mereka semua akan terus mencintai dan menyukai anda,” dedah Madhuri seperti dilaporkan Hindustan Times.

Menurut Madhuri meski pada awalnya sukar untuk dia menerima kritikan terhadap fizikalnya, namun kata-kata ibunya terbukti nyata apabila dia mengecap kejayaan lewat filem Tezaab.

“Selepas kejayaan Tezaab, tiada siapa lagi menyentuh atau melakukan body shaming terhadap saya. Peminat mula menerima saya seadanya.

“Malah sehingga kini saya akan selalu beritahu generasi baharu agar jangan terpedaya dengan dunia yang mengatakan seseorang artis terutama wanita perlu kelihatan seperti ini atau seperti itu.

“Jika anda lain, maka itu adalah keunikan yang anda miliki dan ‘bermain’ dengan ia,” katanya lagi.

Aktres yang kini berusia 58 tahun itu juga cukup terkenal dengan penampilannya dalam filem seperti Dil dan Dil To Pagal Hay.

Must-Watch Video

Advertisement