Skip to main content

Selebriti

“Mak Ayah Orang Kampung Biasa, Saya Dari Sekolah Dah Ikut Menoreh Getah” - Farah Dina Mahu Ubah Nasib Keluarga

“Mak Ayah Orang Kampung Biasa, Saya Dari Sekolah Dah Ikut Menoreh Getah” - Farah Dina Mahu Ubah Nasib Keluarga

Sekilas

  • Farah Dina berkongsi pengalaman zaman kecilnya membantu arwah bapanya menoreh getah sejak di sekolah rendah.
  • Dia merupakan anak perempuan tunggal yang sangat dimanjakan oleh bapanya dan bertanggungjawab mengutip hasil getah untuk dijual.
  • Farah berhasrat untuk mengubah pandangan negatif sesetengah ahli keluarga terhadap ibu bapanya dan mahu mereka bangga dengan dirinya.
Advertisement

Peniaga TikTok, Farah Dina berkongsi kisah kehidupan sewaktu kecil yang banyak dihabiskan dengan membantu arwah bapanya menoreh getah.

Menerusi perkongsian di platform Threads, Farag berkata kedua-dua ibu bapanya merupakan orang kampung biasa dan sejak di bangku sekolah rendah, dia sudah terbiasa mengikuti bapanya mencari rezeki dengan mengutip hasil getah untuk dijual.

Advertisement

Menurut Farah, pengalaman tersebut merupakan antara kenangan yang cukup bermakna buat dirinya, lebih-lebih lagi apabila dia merupakan satu-satunya anak perempuan yang sangat dimanjakan oleh arwah bapanya.

“Mak dengan ayah saya orang kampung biasa. Saya dari sekolah dah ikut ayah menoreh getah. Setiap hari Rabu saya memang tak pergi sekolah rendah.

“Sebab nak ikut ayah pungut lantun atau sekerap dan nak jual. Arwah ayah saya memang manjakan seketul anak perempuan dia ni .

Advertisement

“Selepas timbang berat, saya yang akan ambil duit dari uncle lori tu,” kongsinya.

Dalam hantaran yang sama, Farah juga turut berkongsi mengenai impiannya yang ingin mengubah pandangan segelintir ahli keluarga terhadap ibu bapanya.

“Cita-cita saya? Nak ubah apa yang keluarga keluarga saya yang lain pandang mak ayah saya.

“Saya nak dorang tahu, mak ayah saya ada seorang anak perempuan yang dorang boleh bangga bangga okay,” tulisnya.

Sementara itu, ruangan komen hantaran berkenaan dihujani dengan kata-kata semangat netizen yang percaya bahawa Farah boleh melunaskan impiannya itu.

Anda mungkin berminat dengan

ZOE ARISAH Printed Bawal 45

ZOE ARISAH Printed Bawal 45

Telekung Basic LEORA | Soft Cotton | Telekung Hadiah Gift Box Set | Travel Friendly | Telekungtea

Telekung Basic LEORA | Soft Cotton | Telekung Hadiah Gift Box Set | Travel Friendly | Telekungtea

Syria Lycra | Tudung Instant | 1.0 | Size S, M + L | Sekali Free Inner | Warna Baru |

Syria Lycra | Tudung Instant | 1.0 | Size S, M + L | Sekali Free Inner | Warna Baru |

MAELY | Tea Basic by Telekung Tea | Telekung Sulam Cotton + Bag + Gift Box | Travel Friendly

MAELY | Tea Basic by Telekung Tea | Telekung Sulam Cotton + Bag + Gift Box | Travel Friendly

Zara Awliya | Telekung TRAVEL NAOMI [Free Bag Telekung]

Zara Awliya | Telekung TRAVEL NAOMI [Free Bag Telekung]

Jifang Hot Sale Retro Vintage Tie-dye Colorful Painting Cotton Polyester Shawl Long Pashmina Shawl Head Scarf Shawls Muslim Hijabs Tudung FX01

Jifang Hot Sale Retro Vintage Tie-dye Colorful Painting Cotton Polyester Shawl Long Pashmina Shawl Head Scarf Shawls Muslim Hijabs Tudung FX01

Related Topics

Must Watch Video

Advertisement