Skip to main content

Hiburan

“Mak, Ayah… Saya Dah Kahwin” - Radin Sebak, Guna AI ‘Hadirkan’ Arwah Ibu Bapa Di Majlis Pernikahan

Astrogempak RADIN (1)

Sekilas

  • Radin, penyampai radio ERA, berkongsi momen istimewa majlis pernikahannya yang menggunakan teknologi AI untuk ‘menghadirkan’ arwah ibu dan bapanya.
  • Video AI tersebut dihasilkan bersama rakan-rakan sebagai kenangan untuk dirinya dan adik-beradiknya, memberi rasa seolah-olah ibu bapanya hadir pada hari bahagia itu.
  • Radin selamat diijabkabulkan dengan Nur Amirah Shamsulbahrin dalam majlis sederhana di Ukay Perdana yang dihadiri keluarga dan kenalan rapat.

Penyampai radio ERA, Radin tidak dapat menahan sebak apabila berkongsi mengenai momen istimewa dalam majlis pernikahannya yang turut ‘menghadirkan’ arwah ibu dan bapanya menerusi teknologi kecerdasan buatan (AI).

Menurut Radin atau nama lengkapnya Radin Amir Affendy Ahmad Aruani, idea tersebut tercetus kerana keinginannya untuk merasai kehadiran kedua ibu bapanya pada hari paling bermakna dalam hidupnya.

“Sebab saya manja dengan arwah mak dan ayah saya. Dan itu memang niat saya untuk momen saya nikah, arwah mak dan ayah saya ada,” katanya.

Tambahnya, dia meminta bantuan rakan-rakannya untuk menghasilkan video tersebut sebagai kenangan bukan sahaja untuk dirinya, tetapi juga buat seluruh ahli keluarga.

“Saya minta tolong kawan saya, Jimmy dan Faris untuk edit video AI itu. Dan benda itu bukan untuk saya semata-mata, tapi untuk adik-beradik saya juga. 

“Saya sangat bersyukur dan juga sebak. Sebak tapi pada masa yang sama gembira… sebab rasa macam mereka ada bersama kami,” ujarnya.

Dalam pada itu, Radin juga meluahkan rasa rindunya terhadap kedua orang tuanya itu. 

“Saya rindu mak dan ayah saya… Mak, ayah… Radin dah kahwin,” luahnya.

Terdahulu, Radin selamat diijabkabulkan dengan Nur Amirah Shamsulbahrin dalam sebuah majlis pernikahan yang berlangsung di Ukay Perdana. 

Radin atau nama sebenarnya Radin Amir Affendy Ahmad Aruani, 36, dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan, Shamsulbahrin dalam suasana sederhana namun meriah. 

Majlis tersebut turut disaksikan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan Masjid Bukit Antarabangsa, Ustaz Abdul Hakim Abdul Rahman, serta dihadiri ahli keluarga dan kenalan rapat kedua-dua belah pihak


 

Anda mungkin berminat dengan

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Must Watch Video

Advertisement