Skip to main content

Filem

Malaysia Jadi Lokasi Penggambaran Filem Arab 'Mr VIP', Dibintangi Karim Abdel Aziz & Yasmine Sabri

ASTRO GEMPAK vip

Sekilas

  • Filem mega Arab, Mr VIP, sedang menjalani penggambaran di Kuala Lumpur dengan lebih 40% penggambaran dan pascaproduksi dilakukan di Malaysia.
  • Filem ini menampilkan bintang Mesir terkenal, Karim Abdel Aziz dan Yasmine Sabri, serta mendapat sokongan MOTAC, PUSPAL, DBKL dan PDRM.
  • Proses penggambaran dijalankan secara tertutup kerana kemasyhuran pelakon utama dan melibatkan 220 kru tempatan serta 33 kru dan pelakon dari Mesir.
Advertisement

Malaysia sekali lagi menjadi pilihan penerbitan antarabangsa apabila sebuah filem mega dari dunia perfileman Arab berjudul Mr VIP menjalani penggambaran di beberapa lokasi sekitar ibu negara sejak 21 Jun lalu.

Filem arahan Mootaaz El Tomy itu menampilkan dua bintang terkenal Mesir, Karim Abdel Aziz dan Yasmine Sabri sebagai teraju utama, selain turut dibintangi pelawak popular, Mostafa Khater.

Advertisement

Menariknya, proses penggambaran berlangsung secara tertutup tanpa sebarang hebahan kepada umum dan dijangka mengambil masa lebih dua minggu untuk diselesaikan.

Diterbitkan Synergy Plus dengan kerjasama Inifinity Films yang diterajui Abdulrahman Suud, produksi tersebut turut mendapat sokongan daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Agensi Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menurut Abdulrahman yang juga penerbit eksekutif filem berkenaan, lebih 40 peratus penggambaran Mr VIP dijalankan di Malaysia, malah proses pascaproduksi juga akan disiapkan di negara ini.

"Boleh dikatakan lebih 40 peratus penggambaran filem ini disiapkan di Malaysia. Malah selepas berakhir penggambaran di sini, proses pascaproduksi juga bakal diadakan di Malaysia.

"Sepanjang tempoh penggambaran, kedua-dua produksi cuba mengeksploitasi keindahan Malaysia sekali gus mempromosikan pelancongan serta mempamerkan keindahan negara dan rakyatnya.

"Kami harus berterima kasih kerana semua ini dapat direalisasikan dengan sokongan MOTAC untuk memastikan kelancaran projek mega ini. Tambahan pula, Malaysia dan Mesir sudah menjalinkan hubungan diplomatik yang erat sejak sekian lama. Ia juga mendorong kami untuk menumpukan perhatian kepada Malaysia sebagai bukti kasih sayang yang dikongsi antara kedua-dua negara," katanya.

Abdulrahman yang membesar di Malaysia sejak berusia lapan tahun berkata, projek tersebut turut menjadi usaha membuka lebih banyak peluang kerjasama antara industri perfileman Malaysia dan negara Arab pada masa hadapan.

"Kalau boleh selepas ini, kami mahu syarikat penerbitan filem dan TV Arab terus menjadikan Malaysia sebagai lokasi utama penggambaran. Moga jalinan ini akan terus ada kesinambungannya.

"Saya lakukan semua ini juga atas kecintaan terhadap Malaysia. Negara ini bagai sebati dalam diri dan kecintaan terhadap Malaysia tiada belah bahagi.

"Saya datang ke sini ketika berusia lapan tahun. Sebelum itu saya menetap di Jepun dan India. Selepas ibu bapa menerima tawaran bekerja di Kuala Lumpur, kami sekeluarga berpindah ke sini pada 1992. Saya bersekolah dan mencari rezeki di Malaysia. Setiap kali meninggalkan Malaysia, pasti saya tidak sabar untuk kembali," katanya.

 

Mengulas mengenai langkah produksi merahsiakan penggambaran, Abdulrahman menjelaskan ia merupakan antara syarat yang ditetapkan memandangkan Karim Abdel Aziz merupakan antara pelakon paling berpengaruh dan mendapat permintaan tinggi di Timur Tengah.

"Memang agak ketat sebenarnya cara dan polisi kerja produksi filem ini. Ia juga didorong dengan sebab kemasyhuran aktor otai, Karim Abdel Aziz.

"Beliau dianggap sebagai bintang nombor satu di sana dan mampu menarik peminat serta penonton ke pawagam. Pendek kata, beliau antara pelakon paling laris dan paling mahal di sana.

"Malah gambar atau rakaman penggambaran di set juga tidak boleh didedahkan atau dikongsi sewenang-wenangnya," katanya.

Menurut Abdulrahman, penggambaran Mr VIP di Malaysia melibatkan seramai 220 kru tempatan serta 33 kru dan pelakon dari Mesir.

Filem bergenre komedi sosial itu menyaksikan Karim dan Yasmine membawa watak suami isteri, sekali gus menjadi gandingan kedua mereka di layar perak.

Anda mungkin berminat dengan

YSL Yves Saint Laurent Le Cushion Encre De Peau SPF23PA++ (#20) (5g)

YSL Yves Saint Laurent Le Cushion Encre De Peau SPF23PA++ (#20) (5g)

KM Eloura Straight Cut Loose Style Women Pants [P5452]

KM Eloura Straight Cut Loose Style Women Pants [P5452]

(28-40)Seluar cargo straight cut 6 pocket,comfortable to wear ada available stock

(28-40)Seluar cargo straight cut 6 pocket,comfortable to wear ada available stock

LIGHTNING ASE CASUAL SNEAKERS FOR MEN AND WOMEN

LIGHTNING ASE CASUAL SNEAKERS FOR MEN AND WOMEN

Puma Unisex Quarter Sock accessories 1 Pair (935701-03) Sport Planet 36-18

Puma Unisex Quarter Sock accessories 1 Pair (935701-03) Sport Planet 36-18

Skechers Men SKX Street Shadow Stellar 90 Shoes - 183216-GUN Air-Cooled Memory Foam Kasut Sneaker, Lelaki

Skechers Men SKX Street Shadow Stellar 90 Shoes - 183216-GUN Air-Cooled Memory Foam Kasut Sneaker, Lelaki

Must Watch Video

Advertisement