Skip to main content

Hiburan

Marissa Dania Kongsi Faktor Utama Kes Mahkamah Ditangguh, Akui Kini Dalam Proses Berpisah - “Keputusan Akhir Adalah Cerai…”

ASTROGEMPAK Marissa

Sekilas

  • Marissa Dania mengesahkan prosiding mahkamah ditangguhkan kerana dia belum memberikan keterangan dalam kes pengesahan lafaz cerai dan rujuk.
  • Marissa dan suaminya, Ahmad Aslam, kini dalam proses cerai dan berharap orang ramai tidak membuat sebarang andaian atau kesimpulan.
  • Ahmad Aslam pernah melafazkan cerai terhadap Marissa dua kali dan mereka juga pernah rujuk sebelum ini, manakala Aslam mempunyai isteri pertama dan tiga anak.

Anak kepada pelakon Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Marissa Dania berkongsi faktor utama prosiding yang berlangsung di mahkamah pada Isnin. 

 

Menerusi Instastory Marissa mendedahkan prosiding itu ditangguh disebabkan dia masih belum memberi sebarang keterangan bagi kes pengesahan lafaz cerai dan rujuk. 

 

“Perbicaraan kes kelmarin telah ditangguhkan untuk sambung bicara kerana saya belum memberikan keterangan,” jelasnya. 

 

Dalam pada masa yang sama, Marissa turut mengakui dia dan suaminya iaitu Ahmad Aslam kini dalam proses cerai dan berharap semua pihak berhenti membuat kesimpulan dan andaian. 

 

“Kami kini dalam proses berpisah, dan keputusan akhir bagi pengesahan lafaz cerai dan rujuk adalah cerai. 

 

“Saya harap tiada lagi kenyataan dari mana-mana pihak. Beri sedikit ruang dan tolong jangan buat kesimpulan atau andaian,” ujarnya. 

 

Terdahulu, Aslam didakwa telah melafazkan cerai terhadap Marissa sebanyak dua kali, iaitu pada September 2024 sebelum kembali rujuk dalam bulan yang sama.

 

Dia kemudian sekali lagi melafazkan cerai pada April 2025 dan pasangan itu difahamkan kembali rujuk pada Jun tahun sama.

 

Marissa Dania merupakan isteri kedua Aslam selepas mereka bernikah di Songkhla, Thailand pada 27 Disember 2023.

 

Sebelum itu, Aslam telah mendirikan rumah tangga bersama isteri pertama, Umisya Mazlan pada Julai 2020.

 

Pasangan itu pernah bercerai pada September 2023 sebelum mengambil keputusan untuk rujuk semula dalam tempoh idah.

 

Hasil perkahwinan, Aslam dan Umisya dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Hud, Nuh serta seorang bayi perempuan yang dilahirkan pada 17 Februari tahun lalu.

Anda mungkin berminat dengan

HABIB Songket Collection

HABIB Songket Collection

POH KONG 999.9 Pure Yellow Gold 1/4 Dinar

POH KONG 999.9 Pure Yellow Gold 1/4 Dinar

Corolla Soft New Shoes

Corolla Soft New Shoes

SHEGLAM Glowchi Bouncy Highlighter

SHEGLAM Glowchi Bouncy Highlighter

My Ballerine Jenny Comfy Sandals

My Ballerine Jenny Comfy Sandals

Must-Watch Video

Advertisement