Skip to main content

Hiburan

Melangkah Ke Fasa Baharu, Radin Terima Isteri & Tiga Anak Sebagai Satu Amanah - "Perkara Itu Langsung Tidak Menjadi..."

Astrogempak RADIN

Sekilas

  • Radin, pengacara dan penyampai radio ERA, kini sah bergelar suami kepada Nur Amirah Shamsulbahrin dalam majlis pernikahan yang berlangsung di Ukay Perdana.
  • Radin tertarik dengan kejujuran dan keikhlasan isterinya yang juga seorang ibu tunggal dengan tiga anak, dan tidak menganggap tanggungjawab itu sebagai beban.
  • Majlis pernikahan tersebut diadakan secara sederhana namun meriah, disaksikan oleh keluarga, kenalan rapat, dan Penolong Pendaftar Perkahwinan Masjid Bukit Antarabangsa.
Advertisement

Pengacara dan penyampai radio ERA, Radin meluahkan rasa syukur selepas sah bergelar suami kepada suri pilihan hatinya iaitu, Nur Amirah Shamsulbahrin pada Jumaat.

 

Advertisement

Menurut Radin, keperibadian isterinya yang jujur dan ikhlas menjadi antara faktor utama yang membuka hatinya untuk melangkah ke fasa seterusnya dalam hubungan mereka.

 

“Perwatakan dia tidak sama dengan wajah. Kalau tengok wajah dia nampak sopan, ayu dan santun, itu satu hal. Tapi bila melihat kejujuran dan keikhlasan dia bersama saya, itu yang buat saya yakin.

 

“Saya terus terang cakap dengan dia, fasa ini bukan untuk main-main. Mira adalah seorang ibu tunggal dengan tiga orang anak. Tapi perkara itu langsung tidak menjadi halangan buat saya,” katanya kepada Gempak.

 

Dalam pada itu, Radin tidak melihat tanggungjawab yang harus dipikul sebagai bapa 'express' itu sebagai beban.

 

Menurut penyampai slot 3 Pagi ERA itu, dia percaya Amira akan sentiasa bersamanya untuk membantu memikul tanggungjawab baharu itu.

 

“Saya ada Mira, dia akan bantu saya dan sentiasa bersama saya. Ini bukan satu beban, tetapi satu tanggungjawab yang baharu,” ujarnya.

 

Terdahulu, Radin selamat diijabkabulkan dengan Nur Amirah Shamsulbahrin dalam sebuah majlis pernikahan yang berlangsung di Ukay Perdana.

 

Radin atau nama sebenarnya Radin Amir Affendy Ahmad Aruani, 36, dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan, Shamsulbahrin dalam suasana sederhana namun meriah.

 

Majlis tersebut turut disaksikan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan Masjid Bukit Antarabangsa, Ustaz Abdul Hakim Abdul Rahman, serta dihadiri ahli keluarga dan kenalan rapat kedua-dua belah pihak.

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Must Watch Video

Advertisement