Sekilas
- Video ibu Erra Fazira memuji menantunya, Mr E, tular di media sosial kerana gelagat mesra mereka yang dianggap sangat sepadan.
- Netizen terhibur dengan cara Mr E mengambil hati ibu mentuanya dan memuji hubungan mesra mereka.
- Erra Fazira selamat bernikah dengan Mr E, seorang usahawan, pada Jumaat lalu.
Sehingga ke hari ini, majlis perkahwinan Primadona Negara iaitu Erra Fazira dengan suaminya, Mr E atau Ezwan Zain masih menjadi perbualan netizen di laman sosial.
Tular sepotong video memperlihatkan gelagat ibu kepada Erra memuji menantunya dan menganggap mereka pasangan yang sangat sepadan.
“Menantu aku handsome, anak aku cantik (sambil tunjuk tangan sepadan dan sesuai),” katanya yang turut memegang pipi menantunya.
Rata-rata netizen di ruang komen terhibur dengan gelagat ibu Erra selain menganggap Mr E pandai mengambil hati ibu mentuanya.
“Rasanya dia pandai ambil hati sebab itu mak Erra suka. Orang tua memang suka yang pandai layan diorang.
“Menantu pandai borak dengan orang tua. Moga perkahwinan kali ini membawa ke syurga.
“Untunglah. Ya abang Ezwan, mak mentua sayang,” komen beberapa netizen.
Untuk info, Erra selamat bernikah dengan Mr E yang juga seorang usahawan pada Jumaat lalu.
Sumber - TikTok