Sekilas
- Allahyarham Lucky Widja, vokalis kumpulan Element, telah dikebumikan di TPU Jeruk Purut, Jakarta Selatan pada 26 Januari 2026.
- Isteri Lucky, Aleima Sharuna, memilih untuk memakamkan arwah dalam satu liang lahad bersama bapanya kerana ikatan erat mereka semasa hidup.
- Lucky meninggal dunia pada usia 49 tahun akibat komplikasi kesihatan dan dikenali melalui lagu-lagu popular seperti Cinta Tak Bersyarat dan Rahasia Hati.
Allahyarham Lucky Widja, vokalis kumpulan Element yang meninggal dunia pada 26 Januari 2026 selamat dikebumikan di TPU Jeruk Purut, Jakarta Selatan diiringi salam terakhir daripada kaum keluarga dan sahabat handai.
Meski bersedih, isteri vokalis yang terkenal dengan lagu Cinta Tak Bersyarat itu, Aleima Sharuna mengaku bahagia kerana dapat memakamkan Lucky dalam satu liang lahad dengan arwah bapanya.
Keputusan itu diambil selepas melihat ikatan yang sangat kuat dan keakraban Lucky bersama arwah bapanya semasa masih hidup.
“Lucky sangat sayang dengan bapanya, jadi kami ambil keputusan ini (kebumi satu liang lahad). Anggap saja seperti mereka bertemu kembali,” ujar Aleima seperti dilaporkan Liputan6.com.
Terdahulu, Lucky dilaporkan meninggal dunia selepas mendapat rawatan di hospital kerana komplikasi kesihatan termasuk buah pinggan pada usia 49 tahun. Sepanjang karier, arwah telah melahirkan enam album bersama Element dan terkenal menerusi lagu-lagu seperti Rahasia Hati, Maaf Dari Surga dan Ku Persembahkan Nirwana.