Skip to main content

Berita Tempatan

'Merayu Angan' Satukan Rap & Jiwang Leleh Siti Nordiana, Apit Tearra

merayau

Sekilas

  • Single terbaru "Merayu Angan" gabungkan vokal jiwang Siti Nordiana dengan rap emosi dari Apit Tearra, hasilkan konsep muzik segar dan berbeza.
  • Siti Nordiana cuba elemen rap buat pertama kali, manakala Apit Tearra bawakan gaya rap jiwang leleh yang dekat dengan perasaan pendengar tempatan.
  • Lagu ini kini boleh distrim di semua platform digital utama, buka ruang baru dalam penerokaan muzik tempatan.

Industri muzik tempatan terus berevolusi dengan kemunculan kolaborasi berani dan segar menerusi single terbaharu berjudul Merayu Angan. Karya ini menyatukan ikon suara jiwang Malaysia, Siti Nordiana, bersama artis rap generasi baharu yang sedang meningkat naik, Apit Tearra.

Tampil dengan konsep rap berunsur jiwang leleh, Merayu Angan membawa pendekatan yang jarang diterokai secara serius dalam landskap muzik tempatan. Lagu ini menggabungkan emosi cinta yang rapuh dengan susunan rap yang lembut, puitis dan dekat di hati, sekali gus menjadikannya relevan untuk pendengar daripada pelbagai latar dan generasi.

Antara tarikan utama lagu ini ialah keberanian Siti Nordiana mencuba elemen rap buat pertama kali dalam kerjayanya. Dikenali dengan balada sarat emosi dan kekuatan vokal, percubaan ini memperlihatkan sisi baharu Siti Nordiana yang lebih segar, matang dan kontemporari, tanpa mengorbankan identiti jiwang yang sinonim dengannya.

Merayu Angan merupakan satu pengalaman yang sangat berbeza buat saya. Ini kali pertama saya mencuba elemen rap dalam sebuah lagu dan pada mulanya memang ada rasa gementar. Namun apabila mendengar keseluruhan konsep lagu ini, saya rasa ia sesuatu yang segar dan jujur. Gabungan rap dan jiwang ini membuatkan saya lebih bebas mengekspresikan emosi dengan cara yang baharu,” kata Siti Nordiana.

Sementara itu, Apit Tearra tampil dengan pendekatan rap yang berbeza daripada kebiasaan arus perdana. Menerusi gaya rap jiwang leleh yang beremosi, Apit menyampaikan lirik yang dekat dengan realiti serta perasaan pendengar tempatan, sekali gus mengukuhkan identitinya sebagai bakat baharu dengan warna tersendiri dalam industri muzik.

 

@sitinordiana84 Ape yang marah naw tu 💔 #merayuangan 02.01.2026 ni standby ye anak2 mader. Kita serang MV merayu angan ☝🏻 @Apit Tearra @rhunut music #merayuangan ♬ Merayu Angan - rhunut music

 

“Saya mahu Merayu Angan menjadi lagu rap yang dekat dengan perasaan orang kita. Ia bukan tentang rap yang keras, tetapi rap yang jujur dan leleh. Bekerja dengan Siti Nordiana adalah satu penghormatan besar kerana beliau membawa emosi dan kekuatan vokal yang sangat mendalam, sekaligus menghidupkan lagu ini dengan cara yang saya sendiri tidak pernah bayangkan sebelum ini,” ujar Apit Tearra.

Kolaborasi ini membuktikan bahawa rap dan jiwang mampu disatukan secara harmoni, membuka ruang baharu dalam penerokaan muzik tempatan serta menawarkan kelainan segar kepada pendengar yang dahagakan variasi dalam karya arus perdana.

Single Merayu Angan kini boleh distrim di semua platform digital utama.

 

Must-Watch Video

Advertisement