Skip to main content

Hiburan

“Mereka Kata Kami Angkuh…” - Lisandro Martinez Perjelas Sebab Pemain Argentina Berpaling Ketika Sepanyol Angkat Trofi

Piala Dunia 2026

Sekilas

  • Lisandro Martinez jelaskan tindakan pemain Argentina membelakangi pentas penyampaian trofi Piala Dunia 2026 bukan bermaksud tidak hormat, sebaliknya mereka sedang menyanyi bersama penyokong.
  • Martinez tegaskan gambar tular itu disalah tafsir dan Argentina sentiasa menghormati lawan, termasuk bersalaman dengan pemain Sepanyol selepas perlawanan.
  • Beliau luah rasa kecewa dengan persepsi negatif yang dilemparkan, menegaskan pasukan Argentina tidak angkuh dan menghormati setiap lawan yang dihadapi.
Advertisement

Pertahanan Manchester United, Lisandro Martinez tampil menjelaskan kontroversi yang tercetus melibatkan pasukan negaranya, Argentina yang dikatakan bersikap tidak profesional selepas kekalahan kepada Sepanyol pada aksi final Piala Dunia 2026, dua minggu lalu.

Menurut Martinez, tindakan mereka yang membelakangi pentas ketika majlis penyampaian trofi keramat itu bukan bertujuan untuk menghina juara dunia baharu tersebut, sebaliknya mereka sedang meluangkan masa bersama penyokong yang hadir memberi sokongan.

Advertisement

Jelas Martinez, gambar yang tular itu juga telah disalah tafsir hingga mencetuskan pelbagai reaksi negatif dalam kalangan ramai.

“Gambar menunjukkan kami membelakangi kamera itu berlaku kerana kami sedang menyanyi bersama penyokong kami. Ia sebagai tanda penghormatan kepada penyokong Argentina, kami tidak boleh begitu sahaja meninggalkan mereka.

“Selepas perlawanan, kami turut bersalaman dengan semua pemain dan barisan kejurulatihan Sepanyol,” katanya.

Mengulas lanjut, Martinez mengakui kecewa dengan pelbagai persepsi negatif yang dilemparkan terhadap pasukannya, sambil menegaskan Argentina sentiasa menghormati setiap lawan yang dihadapi.

“Perasaan saya bercampur baur. Saya sedikit marah kerana mereka tidak mempunyai asas untuk menyemarakkan kebencian itu.

“Mereka kata kami angkuh, tetapi mungkin ia lebih menggambarkan mereka yang membuat tuduhan itu berbanding diri kami. Kami sentiasa menghormati pihak lawan,” katanya.

Sebelum ini, aksi pemain Argentina yang membelakangi pentas penyampaian trofi mengundang kecaman ramai, malah ada yang melabel pasukan kendalian Lionel Scaloni itu sebagai tidak menghormati pihak lawan.

Sumber: Metro.uk

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement