Tular sebuah video memaparkan ibu kepada personaliti media sosial, Ameera Khan iaitu Noor Kartini bergambar bersama anaknya dan aktor Indonesia, Jefri Nichol.
Menerusi rakaman tersebut, kelihatan Kartini, Ameera dan Jefri berdiri untuk merakam gambar kenangan, namun momen yang mencuri perhatian apabila Kartini dilihat mesra memeluk Jefri biarpun tiada sebarang pertalian darah antara mereka.
Advertisement
@sleepmony Bau bau ada yg ketemu family besar nihhh 😍 #littemisskhan #ameerakhan #jefrinichol #ameerakhanjefrinichol #fyppppppppppppppppppppppp ♬ The Winner Is... Version - DeVotchKa
Tindakan itu nyata mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen, malah ada yang beranggapan pelakon berusia 25 tahun itu sudah diterima baik dalam keluarga Ameera.
“Nah, siapa yang bilang orang tua Ameera tak setuju kemarin. Jefri diterima dengan baik tu,” tulis seorang pengguna.
Tidak kurang juga ada yang membuat spekulasi kononnya pasangan itu sudah bernikah secara rahsia kerana sikap terbuka Kartini terhadap Jefri.
“Bau-bau macam dah jumpa keluarga besar ni.
“Sah la dah kahwin kot sebenarnya. Takkan makcik Tini nak buat macam tu.
Bagaimanapun, setakat ini Ameera mahupun Jefri belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung dakwaan tersebut.