Skip to main content

Hiburan

Mila Terkejut Suka Bekerja Di Bawah Arahan Ibunya Tiara Jacquelina, Tetap Ditegur Seperti Pelakon Lain

Mila Terkejut Suka Bekerja Di Bawah Arahan Ibunya Tiara Jacquelina, Tetap Ditegur Seperti Pelakon Lain

Sekilas

  • Mila Mohsin yang membawakan watak Puteri Gunung Ledang dalam produksi teater keluaran ibunya, Tiara Jacquelina, menerima layanan sama rata seperti pelakon lain tanpa layanan istimewa.
  • Walaupun bekerja dengan ibunya sebagai pengarah, Mila mengakui hubungan profesional mereka berjalan lancar dan mereka tidak mencampurkan urusan kerja dengan peribadi.
  • Selain Mila, barisan pelakon lain termasuk Aisha Retno, Aqasha, Luqman Hafidz, Yusof Hashim, Mimi Fly, dan Nadia Aqilah turut menguatkan produksi Puteri Gunung Ledang The Musical yang akan dipentaskan pada 31 Oktober hingga 15 November 2026.
Advertisement

Terlibat dalam produksi dan naskhah Puteri Gunung Ledang The Musical (PGL) yang disutradarai ibu, tidak menjadikan Mila Mohsin ‘lebih istimewa’ atau mendapat layanan berbeza daripada Puan Seri Tiara Jacquelina.

Menurut Mila yang bertanggungjawab menghidupkan semula ‘roh’ Gusti Puteri Retno Dumilah atau Puteri Gunung Ledang, dirinya menerima layanan sama rata dengan semua rakan pelakon lain termasuk menerima teguran dan diberi ‘nota’ mengenai prestasi dan kualiti lakonan yang diterjemahkan di atas pentas.

Advertisement

Sewaktu ditanya, Mila secara berseloroh mengatakan dia perlu ‘mengingati trauma’ bekerja dengan ibunya yang cukup terkenal dengan dedikasi luar biasa terhadap kariernya.

“Saya perlu ingat balik ‘trauma’,” katanya sambil ketawa saat ditemui di Enfiniti Academy usai sesi pra tonton eksklusif latihan PGL yang bakal dipentaskan bermula 31 Oktober hingga 15 November ini di The Grand Theatre, Jeffrey Cheah Performing Arts Centre, Sunway Square.

Enggan gurauannya tentang ‘trauma’ disalah erti, Mila kemudian menjelaskan: “Saya juga ditegur, diberi nota sama seperti semua barisan pemain di PGL, walaupun saya memang jenis suka buat ‘homework’.

Advertisement

“Tapi selalunya nota yang diberi dari pengarah kepada saya dan Aqasha (Hang Tuah) adalah ‘hidup’ dalam versi kami. Sentiasa mengingatkan kami tentang perlu berada pada masa kini, di sini, fokus antara Hang Tuah dan Puteri Gunung Ledang yang sekarang.”

Malah akui Mila tanpa disedari dia sendiri tidak menyangka ‘jatuh cinta’ dan menyukai kolaborasi pekerjaan di antara dirinya sebagai pelakon dengan ibu yang menjadi sang sutradara.

“Sebenarnya saya pun terkejut kerana sangat menyukai bekerja dengan ibu saya. Ya, hubungan antara ibu dan anak itu berbeza dengan pelakon dan pengarah.  Saya secara peribadi tidak suka mencampurkan antara urusan peribadi dan kerja.

“Misalnya jika kami makan malam, kami langsung tidak akan berbincang tentang kerja,” katanya.

Mila kemudian menyifatkan ibunya sebagai seorang pengarah yang berdedikasi dan sangat profesional.

Ujarnya ringkas: :Sebagai pengarah, beliau sangat mempercayai saya dan saya juga mempercayai beliau, semua kerja kami berjalan lancar.”

Berbicara tentang watak ikonik tersebut di tangannya berbanding ibu, kata Mila, satu-satunya rujukan yang diambil daripada versi sebelum ini adalah jiwa Puteri Gunung Ledang.
berjiwa besar, feminis dan menjadi

“Jiwa, jiwa Puteri Gunung Ledang adalah sangat kuat. Jadi saya bawa jiwa besar penuh ihsan Puteri Gunung Ledang,” katanya yang menyifatkan karakter tersebut sebagai seorang feminis dan pahlawan.

Selain Mila, Aisha Retno juga memainkan peranan Gusti Puteri Retno Dumilah atau Puteri Gunung Ledang. Turut menguatkan PGL edisi 2026 adalah Aqasha sebagai Hang Tuah, Sultan Melaka dimainkan Luqman Hafidz, serta Yusof Hashim sebagai Gusti Adipati serta Mimi Fly dan Nadia Aqilah yang berkongsi watak Bayan.

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Must Watch Video

Advertisement