Skip to main content

Selebriti

Mimi Lana Akui Dulu ‘Workaholic’, Kini Dimanjakan Suami, Ajar Nikmati Fasa Tenang - “Dia Selalu Ingatkan Saya Untuk…”

Mimi Lana Akui Dulu ‘Workaholic’, Kini Dimanjakan Suami, Ajar Nikmati Fasa Tenang - “Dia Selalu Ingatkan Saya Untuk…”

Sekilas

  • Mimi Lana sudah terbiasa bekerja sejak kecil dengan membantu ibu bapa berniaga .
  • Dia mendapat inspirasi daripada neneknya yang membesarkan 11 anak sebagai ibu tunggal dan wanita bekerja dalam keluarganya.
  • Selepas berkahwin dengan Syafiq Kyle, Mimi mula menikmati kehidupan yang lebih tenang dan dipenuhi kasih sayang suaminya.
Advertisement

Pelakon, Mimi Lana mengakui dirinya sudah terbiasa dengan kehidupan bekerja sejak kecil sehingga membuatkan dia menjadi seorang yang ‘workaholic’.

Menerusi perkongsian di platform Threads, Mimi berkata dia membesar dengan melihat ibu dan bapanya bekerja keras, malah dia juga turut membantu mereka berniaga sejak masih bersekolah.

Advertisement

“Saya rasa saya menjadi seorang yang kuat bekerja kerana saya tidak pernah benar-benar mengenali kehidupan tanpa bekerja.

“Saya membesar dengan melihat ibu dan ayah bekerja keras dan saya sudah membantu mereka berniaga sejak masih bersekolah lagi.

“Pada hari biasa, saya akan membantu ibu jual nasi lemak dekat sekolah, pada hujung minggu saya menjual bunga orkid bersama ayah.

“Sebagai anak perempuan tunggal, saya juga yang selalu memasak, kemas rumah dan jaga rumah ketika kedua-dua ibu bapa bekerja,” kongsinya.

Malah kata Mimi, dia juga banyak mendapat inspirasi daripada neneknya yang merupakan ibu tunggal dan membesarkan 11 orang anak sambil bekerja.

“Nenek saya merupakan seorang ibu tunggal yang membesarkan 11 orang anak sambil bekerja, dan kebanyakan ibu saudara saya juga merupakan wanita yang bekerja.

“Saya membesar dengan rasa sangat terinspirasi melihat mereka dan saya gembira dengan kehidupan itu seperti itu,” tulisnya.

Bagaimanapun kata Mimi, kehidupannya kini sedikit berubah selepas mendirikan rumah tangga apabila suaminya, pelakon, Syafiq Kyle secara perlahan-lahan membawanya menikmati kehidupan yang lebih tenang.

“Namun, suami saya secara perlahan-lahan membawa saya ke fasa kehidupan feminin yang lebih lembut. Dia sangat memanjakan saya sejak kami berkahwin.

“Tahun ni boleh bilang dengan jari berapa kali je saya memandu kerana dia sentiasa ada untuk saya dan selalu mengingatkan saya supaya memperlahankan rentak hidup dan berehat.

“Saya masih menyukai pekerjaan saya, tetapi sekarang saya lebih suka menghabiskan masa bersamanya.

“Terima kasih untuk segalanya, sayang,” coretnya.

Untuk info, Mimi dan Syafiq sah bergelar suami isteri pada 14 Februari 2025.

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement