Skip to main content

Selebriti

Mirinda Raikan Merdeka Dengan ‘Rasa Sehati Sejiwa’, Syafiq Kyle & Mimi Lana Jadi Perhatian

Mirinda Raikan Merdeka Dengan ‘Rasa Sehati Sejiwa’, Syafiq Kyle & Mimi Lana Jadi Perhatian

Sekilas

  • Mirinda dan Astro Shaw lancarkan filem Merdeka bertemakan “Rasa Sehati Sejiwa” yang menonjolkan semangat perpaduan rakyat Malaysia melalui kisah komuniti sambut Hari Kebangsaan bersama.
  • Filem ini menampilkan Syafiq Kyle dan Mimi Lana dalam suasana gotong-royong sambil menyiapkan persiapan sambutan, yang terhenti akibat gangguan elektrik tetapi diteruskan dengan kreativiti dan semangat bersama.
  • Di penghujung filem, penonton diperkenalkan dengan first look filem HAK: Tuntut atau Tunduk yang menampilkan Syafiq dan Mimi buat pertama kali bersama, mengisahkan kehidupan pasangan menanti kelahiran anak pertama mereka.
Advertisement

Sempena sambutan Hari Kebangsaan, Mirinda dan Astro Shaw tampil dengan sebuah filem Merdeka bertemakan “Rasa Sehati Sejiwa”, yang meraikan semangat kebersamaan dan perpaduan rakyat Malaysia.

Biar berbeza, kita tetap sehati. Biar pelbagai, kita tetap sejiwa.

Advertisement

Itulah semangat yang ingin disampaikan Mirinda menerusi kisah yang dekat dengan kehidupan seharian, bagaimana perkara-perkara kecil yang kita lakukan bersama mampu menyatukan kita, tidak kira siapa kita atau dari mana kita datang.

Menerusi filem yang dikongsikan di Instagram rasmi Astro Shaw itu, Syafiq Kyle dan Mimi Lana tampil dalam suasana sambutan Merdeka, bersama komuniti setempat bergotong-royong menghias kawasan perumahan bagi memeriahkan Hari Kebangsaan.

Namun apabila bekalan elektrik tiba-tiba terputus, persiapan mereka terhenti. Di sebalik kegelapan itu, kreativiti dan cahaya Mirinda kembali menyinari suasana, menyatukan komuniti untuk meneruskan sambutan dalam semangat Rasa Sehati Sejiwa.

Bukan sahaja mesej Merdeka yang menjadi tarikan, kemunculan Syafiq dan Mimi turut mencuri perhatian apabila HAK: Tuntut atau Tunduk bakal menyaksikan kedua-duanya bergandingan buat pertama kali di layar perak.

Namun, Mirinda tidak berhenti setakat meraikan semangat Merdeka.

Di penghujung filem Merdeka tersebut, penonton dikejutkan dengan first look HAK: Tuntut atau Tunduk, membawa mereka daripada suasana penuh kebersamaan kepada sebuah dunia dengan emosi dan taruhan yang lebih besar.

Filem Merdeka ini turut memberikan gambaran awal tentang dunia HAK yang hanya akan terbuka sepenuhnya di layar perak kelak. 

Tanpa mendedahkan terlalu banyak tentang jalan cerita, penonton diperkenalkan kepada Hakim (Syafiq Kyle) dan isterinya, Ayu (Mimi Lana), yang sedang menantikan kelahiran anak pertama mereka.

Dalam suasana Merdeka ini, penonton dapat melihat sekilas kehidupan pasangan tersebut dan betapa pentingnya keluarga yang sedang dibina.

Daripada semangat kebersamaan Merdeka kepada kejutan dunia HAK, Mirinda memberikan penonton satu pengalaman Rasa Sehati Sejiwa yang cukup berbeza tahun ini.

Kini, tinggal satu persoalan yang bermain di fikiran ramai: apa sebenarnya di sebalik panggilan misteri yang diterima Hakim?

Nantikan filem HAK: Tuntut atau Tunduk lakonan hebat Syafiq Kyle, Mimi Lana, Beto Kusyairy, Kodi Rasheed dan ramai lagi yang bakal menemui anda semua di pawagam berdekatan anda tahun ini.

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement