Skip to main content

Hiburan

Mirip Karya Antarabangsa, Hatta Dolmat Persoal Lagu Baharu Tiada Originaliti - “Saya Je Ke Dengar Lagu Tu Macam…”

Hatta Komen

Pereka fesyen, Hatta Dolmat mencuri tumpuan netizen apabila memberi padangan mengenai sebuah lagu baharu yang dikatakan mempunyai persamaan dengan karya antarabangsa.

Menurut Hatta, bahagian korus lagu tersebut kedengaran seakan menyerupai lagu popular Lucky nyanyian Jason Mraz dan Colbie Caillat.

“Saya je ke yang dengar lagu tu chorus dia macam LUCKY Jason Mraz ft Colbie Cailat.

“Jap for me real composer and with pure talent won't copy something and make people dengar lagu tu sekali dengar sama. Itu copy, itu apa telinga i dengar, tengok Yuna every album every song diffent concept takde pun u boleh tahu laaaaaaa ni lagu tu ke?” tulis Hatta di platform Threads.

​​Hatta turut menambah, seorang pencipta lagu seharusnya tampil dengan karya asli dan jujur kepada bakat mereka, bukan sekadar menghasilkan sesuatu yang kedengaran seperti karya sedia ada.

“Cuba betul-betul compose and jadi honest dgn talent. Tu ke you nak dengar? For me boring la sebab macam tu semua orang boleh jadi pencipta lagu and call it inspired,” ujarnya.

Namun begitu, Hatta menegaskan bahawa hantaran tersebut hanyalah luahan spontan tanpa niat menyinggung mana-mana pihak.

“Aku terdengar lagu. Aku terdetik “ eh mcm pernah dengar lagu ni?” So aku post thread. Nothing much. Takde apa maksud. Its a random post.

“Kalau itu buat sesetengah pihak terasa hati hatta dengan rendah hati mohon maaf hatta. Anggaplah hatta kilaf. Maaf ya,” tambahnya.

Walaupun tidak menyebut judul lagu yang dimaksudkan hantaran tersebut tetap mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Advertisement

Must-Watch Video

Advertisement