Ringkasan AI
- Noreen Iman tidak dapat bersama pasukannya, Jozon, minggu ini kerana masalah kesihatan.
- Dia berkongsi rasa sedih menonton persembahan Jozon dari rumah melalui hantaran di Threads.
- Noreen bangga dengan semangat rakan sepasukan, Joey Daud dan Zul Huzaimy, yang terus beraksi.
- Dia turut sebak melihat komitmen Zul yang meneruskan persembahan walaupun baru kehilangan ibu tercinta.
- Noreen mengucapkan terima kasih kepada penyokong dan berjanji akan kembali lebih kuat minggu depan.
Bintang Muzikal Lawak Superstar 5 (MLS5), Noreen Iman mendedahkan dirinya tidak dapat bersama pasukannya, Jozon pada minggu ini kerana mengalami masalah kesihatan.
Menerusi satu hantaran di laman Threads, Noreen berkongsi rasa sedih apabila terpaksa menyaksikan persembahan pasukannya dari rumah.
Namun Noreen tetap berbangga dengan semangat ditunjukkan oleh dua rakan sepasukannya, Joey Daud dan zul huzaimy.
“Tidak banyak yang saya boleh katakan, minggu yang sukar untuk saya kerana saya sakit tapi Jozon tetap run the show. Saya bangga dengan kumpulan saya, Abang Joey dan Abang Zul.
“Menonton korang dari rumah betul-betul buat saya sedih,” tulisnya.
Dalam pada itu, Noreen turut menzahirkan rasa sebak apabila melihat komitmen Zul yang tetap meneruskan persembahan meskipun baru kehilangan ibu tercinta.
Noreen tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada para penyokong yang sentiasa memberi semangat kepada kumpulan Jozon, sambil berjanji untuk kembali lebih kuat minggu hadapan.
“Lagi-lagi bila Abg Zul baru kehilangan ibu tercinta. Siapa je tak menangis seeing Abg Zul tetap commit this week. Sama-sama kita doakan arwah ibundanya ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.
“Terima kasih yang support Jozon. InsyaAllah I’ll be back stronger next week,” ujarnya.