Skip to main content

Hiburan

Mula Aktif Menyanyi Di Bangku Sekolah, Syura Teringat Pernah Dikecam Guru - “Mereka Kata Jadi Penyanyi Boleh…”

Syura Badron

Sekilas

  • Syura Badron berkongsi pengalaman dikecam oleh gurunya yang menganggap kerjayanya sebagai penyanyi adalah haram dan memberi kesan emosional kepadanya.
  • Walaupun dikecam, guru-guru tersebut tetap meminta Syura membuat persembahan nyanyian pada acara sekolah, yang membuatkan Syura rasa lucu dan hairan.
  • Penyanyi Ani Mayuni juga berkongsi pengalaman serupa apabila guru-guru anaknya mempersoalkan sumber rezekinya sebagai penyanyi dan menganggapnya tidak halal.
Advertisement

Penyanyi, Syura Badron menyorot perhatian apabila berkongsi bahawa dia pernah menerima kata berbaur hinaan daripada gurunya hanya kerana mula aktif dalam bidang nyanyian sejak di bangku sekolah.

Menerusi Threads, pemilik nama Zuraidah Badron ini turut berkongsi bahawa ada guru yang menyifatkan kerjayanya itu sebagai satu perkara yang haram.

Advertisement

Ujar penyanyi berusia 40 tahun ini, perkara itu sedikit- sebanyak telah memberi kesan terhadap dirinya lebih-lebih lagi apabila guru itu turut melibatkan bapanya.

"Pernah dikecam masa di sekolah dulu. Cikgu-cikgu persoalkan kenapa saya jadi penyanyi sebab pekerjaan itu adalah haram. 

"Satu ayat yang saya takkan pernah lupa... awak tahu tak, awak jadi penyanyi ini boleh meluaskan lagi neraka untuk ayah awak!,” kongsinya. 

Advertisement

Syura memuat naik ciapan itu terhadap kenyataan Ani Mayuni dalam podcast Kita-Kita Aje yang dikendalikan pengacara terkenal, Datuk Aznil Haji Nawawi, baru-baru ini.

Pelantun lagu Nazam Berkasih ini dalam masa yang sama berasa lucu dan hairan apabila guru-guru yang memberi kata hinaan itu tanpa segan silu memintanya untuk membuat persembahan pada acara sekolah.

"Down gila masa tu tapi yang kelakarnya, bila ada majlis di sekolah, cikgu-cikgu minta saya buat persembahan nyanyian. Macam mana tu ya?" ujarnya. 

Terdahulu, penyanyi dangdut, Ani Mayuni tidak dapag menahan sebak apabila berkongsi mengenai guru-guru anaknya yang seakan mempersoalkan sumber rezekinya sebagai penyanyi.

Ujar Ani, perkara itu membuatkannya tergamam apabila ada guru yang turut mengeluarkan pendapat bahawa kerjayanya sebagai penyanyi membawa sumber rezeki yang tidak halal.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

Nike Fly Unstructured Denim Adjustable Cap - College Navy [IB2345-419]

Nike Fly Unstructured Denim Adjustable Cap - College Navy [IB2345-419]

Laneige Lip Sleeping Mask

Laneige Lip Sleeping Mask

SHEGLAM Pore Face Primer Poreless Oil-Control

SHEGLAM Pore Face Primer Poreless Oil-Control

[Centellian24] Madeca Cream Time Reverse Moisturizer Season7 for Total Anti-Aging Solution 50ml

[Centellian24] Madeca Cream Time Reverse Moisturizer Season7 for Total Anti-Aging Solution 50ml

TIME PHORIA - Nebula Velvet Lip Cream Lipmatte Lip Gloss Liptint Waterproof Tahan Lama Lipstick Longlasting Moisturie

TIME PHORIA - Nebula Velvet Lip Cream Lipmatte Lip Gloss Liptint Waterproof Tahan Lama Lipstick Longlasting Moisturie

Bodibreze Luxury Perfume 8 Variants EDP Leona Perfume 30ml / Edith Perfume / Emma Parfum / Phoebe / Alice / Soleil

Bodibreze Luxury Perfume 8 Variants EDP Leona Perfume 30ml / Edith Perfume / Emma Parfum / Phoebe / Alice / Soleil

Must Watch Video

Advertisement