MLS5 Minggu Pertama: Roda Paling Menyerlah, Tiada Penyingkiran!
Muzikal Lawak Superstar musim kelima (MLS5) membuka tirai dengan penuh meriah apabila tiada penyingkiran diumumkan pada minggu pertama memberi peluang kepada semua 10 kumpulan untuk terus beraksi di minggu kedua yang bakal berlangsung Sabtu ini.
Bertemakan Destinasi Impian, para peserta menampilkan kreativiti masing-masing dalam sketsa muzikal mereka. Namun, kumpulan Roda yang dianggotai oleh Fad Bocey, Sharif Zero dan Naqiu jelas mencuri perhatian juri dan penonton apabila dinobatkan sebagai Gempak Superstar of The Week dengan markah tertinggi 81.86%.
Advertisement
Persembahan Roda turut mendapat pujian ramai, terutama watak “atuk-atuk gangster” lakonan Naqiu yang dianggap menjadi ‘scene stealer’ malam itu.
Ranking | Kumpulan | Markah (%) |
---|---|---|
1 | Roda | 81.86 |
2 | Nanas | 77.19 |
3 | Bahyim | 71.95 |
4 | Puteh | 69.80 |
5 | Genzi | 69.26 |
6 | Kimbab | 67.45 |
7 | Fiona | 66.41 |
8 | Saiko | 65.79 |
9 | Jozon | 63.68 |
10 | Lompat | 44.28 |
Walaupun Lompat, Jozon, Saiko, Fiona dan Kimbab berada di kelompok lima terbawah, semua masih berpeluang membuktikan kemampuan mereka pada minggu seterusnya.
MLS5 dihoskan oleh Datuk AC Mizal dengan barisan juri tetap Datuk Aznil Hj Nawawi, Zizan Razak dan Bella Astillah.
Saksikan MLS5 secara langsung dari Royal Theater Shah Alam setiap Sabtu, jam 9.00 malam di Astro Prima (saluran 105).
Nikmati juga kandungan eksklusif di sebalik tabir dan perjalanan penuh drama setiap empayar melalui Astro GO dan sooka.
Langgan Pek Astro One hanya RM49.99 sebulan atau tingkatkan pengalaman hiburan anda dengan Astro Fibre 500Mbps + Pek Hiburan pada harga RM139.99 sebulan.
Layari www.astro.com.my atau WhatsApp 03-9543 3838 untuk melanggan hari ini.
Muzikal Lawak Superstar 5 (MLS5) kembali menggegarkan pentas hiburan Malaysia! Astro sekali lagi menampilkan pertandingan komedi paling popular di Malaysia yang telah menjadi fenomena sejak musim pertama. Tahun ini, MLS5 Astro membawa tema baharu penuh epik iaitu “Clash Of Empire”, yang bakal membuka tirai pada 11 Oktober 2025 di Astro Prima (Saluran 105).
Dengan tagline “Arena Pahlawak Terbahak Kau Kaw”, Muzikal Lawak Superstar 5 hadir lebih segar. Setiap kumpulan bukan sekadar menghibur penonton, tetapi tampil sebagai wira empayar agung yang diinspirasikan daripada kuasa legenda dunia seperti Rom, Nusantara, Jepun, China, Perancis, Mesir, dan banyak lagi.
10 Kumpulan Muzikal Lawak Superstar 5
Sebanyak 10 kumpulan empayar lawak bakal berentap, setiap satunya dianggotai tiga bintang merangkumi pelakon, penyanyi, pelawak, serta pempengaruh terkenal. Berikut senarainya:
Kumpulan: SAIKO | ![]() |
Kumpulan: NANAS | ![]() |
Kumpulan: FIONA | ![]() |
Kumpulan: RODA | ![]() |
Kumpulan: JOZON | ![]() |
Kumpulan: GENZI | ![]() |
Kumpulan: KIMBAB | ![]() |
Kumpulan: PUTEH | ![]() |
Kumpulan: BAHYIM | ![]() |
Kumpulan: LOMPAT | ![]() |
Barisan Pengacara & Juri MLS5 Astro
Musim kelima Muzikal Lawak Superstar 2025 masih dikemudi oleh pengacara ikonik, Datuk AC Mizal. Namun, kejutan utama MLS5 terletak pada barisan juri baharu:
- Datuk Aznil Hj. Nawawi (Pak Nil) – pengacara versatil tanah air
- Zizan Razak – pelawak & pelakon popular
- Bella Astillah – penyanyi dan pelakon kesayangan ramai
Rombakan ini memberi nafas segar kepada MLS5 sekaligus menjadikan ia lebih relevan dengan dunia hiburan masa kini.