Skip to main content

Hiburan

Nabila Huda Jelaskan Suami Tak Suka ‘Spotlight”, Lebih Suka Sokong Dari Belakang - “Nak Jalan Karpet Merah Sama-Sama Pun…”

Nabila Huda

Sekilas

  • Nabila Huda jelaskan suaminya, Mohd Izwan Johar, jarang muncul di media sosial atau acara hiburan kerana dia kurang minat berkongsi kisah peribadi dan menghadiri event.
  • Abil kongsi bahawa suaminya sentiasa menjadi sokongan kuat dalam kerjayanya walaupun mereka tidak suka terlalu terbuka tentang kehidupan rumah tangga.
  • Nabila dan Izwan berkahwin sejak 2015, dan Nabila juga ibu kepada seorang anak perempuan hasil perkahwinan terdahulu.

Pelakon, Nabila Huda tampil menjelaskan persoalan segelintir pihak yang bertanyakan mengenai kelibat suaminya, Mohd Izwan Johar yang dikatakan jarang dilihat di media sosial atau mana-mana acara hiburan.

Menerusi ciapan yang dibuat di Threads, Nabila yang mesra disapa Abil menjelaskan bahawa suaminya sememangnya kurang gemar menghadiri apa-apa acara mahupun berkongsi mengenai kisah peribadi mereka di media sosial.

Perjelas Abil, dia juga merasakan adalah tidak perlu untuknya terlalu berkongsi mengenai kebahagiaan rumah tangga bersama Izwan secara terbuka.

“Pada sapa yang sibuk tanya, ‘Mana suami lama tak nampak?’. Hah ini dia, tengok puas-puas dan zoom in muka dia ok!

“Hahaha, maaflah rasa dah too overated lah nak share kebahagiaan di media sosial, tak perlu lah eh.

“Suami kita nak jalan di karpet merah sama-sama pun tak minat, apa tah lagi pergi event,” kongsinya.

Menerusi perkongsian yang sama, Abil turut memuat naik foto mereka bersama-sama ketika hadir di majlis tayang perdana filem terbaharu lakonannya yang berjudul Gayong 2.

Dalam masa yang sama, pemilik nama Nabila Huda Suhaimi ini menegaskan bahawa suaminya sentiasa menjadi tulang belakang buatnya dalam industri hiburan.

“Abil nak korang tau, through all my chaos, I know for sure, he is always there for me.

“Dia selalu sokong saya walau apa jua keadaan,” tulisnya lagi.

Untuk rekod, Nabila mendirikan rumah tangga dengan Izwan pada 2015.

Sebelum itu, Nabila pernah berkahwin dengan Zaidi Zailani pada 2008 namun perkahwinan mereka berakhir pada 2011. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Keisha Laila yang kini berusia 13 tahun.

Anda mungkin berminat dengan

Corolla Soft New Shoes

Corolla Soft New Shoes

HABIB Songket Collection

HABIB Songket Collection

POH KONG 999.9 Pure Yellow Gold 1/4 Dinar

POH KONG 999.9 Pure Yellow Gold 1/4 Dinar

ATLAS G5 HD Screen Macaron Handheld Game Console Mini Arcade 500 Game Charging Portable Game Players Game Box

ATLAS G5 HD Screen Macaron Handheld Game Console Mini Arcade 500 Game Charging Portable Game Players Game Box

SHEGLAM Glowchi Bouncy Highlighter

SHEGLAM Glowchi Bouncy Highlighter

Must-Watch Video

Advertisement