Skip to main content

Selebriti

Nabila Huda Kongsi Detik Watak ‘Hidup’ Depan Cermin - “Saya Selalu Lihat Diri Tersenyum Bila Nampak ‘Dia’”

Nabila Huda Kongsi Detik Watak ‘Hidup’ Depan Cermin - “Saya Selalu Lihat Diri Tersenyum Bila Nampak ‘Dia’”

Sekilas

  • Nabila Huda berkongsi bahawa proses mencipta dan menghidupkan watak adalah antara aspek lakonan yang paling digemarinya.
  • Menurutnya, pembentukan karakter melibatkan pelbagai elemen seperti solekan, gaya rambut, warna gincu, cara pertuturan dan lontaran suara yang menentukan identiti watak.
  • Nabila juga sering tersenyum sendiri di hadapan cermin apabila berjaya melihat watak tersebut hidup menerusi penampilannya.
Advertisement

Pelakon, Nabila Huda menyifatkan proses mencipta dan menghidupkan watak dalam sesebuah karya sebagai antara perkara yang paling digemarinya sepanjang bergelar anak seni.

Menurut Nabila, proses membentuk karakter bukanlah hanya mengenai lakonan, sebaliknya melibatkan pelbagai perincian seperti solekan, gaya rambut, warna gincu, cara pertuturan dan lontaran suara.

Advertisement

Kata anak kepada penyanyi, Datuk Amy Search ini lagi, setiap elemen berkenaan mampu menentukan identiti, usia serta identiti yang dibawa oleh sesebuah watak.

“You know what’s the best part atau process yang paling saya suka about being an actor?

“Creating the character, makeup, rambut, lipstick, cara dia bercakap, voice projection. Semua tu boleh menentukan siapa dia, umur dia, energy dia.

“And there’s this adrenaline yang susah nak explain. Bila semuanya dah siap, I look at myself in the mirror and suddenly, I don’t see me anymore. I see ‘her’,” kongsinya menerusi hantaran di platform Threads.

Dalam pada itu, Nabila juga mengakui sering tersenyum sendiri di hadapan cermin apabila sudah berjaya melihat watak tersebut mula ‘hidup’ menerusi penampilannya.

“Saya tak pasti tentang pelakon lain dan mungkin kedengaran sedikit psycho haha, tetapi saya selalu melihat diri sedang tersenyum di hadapan cermin bila saya dah nampak ‘dia’.

“That moment when the character finally looks back at you…That’s one of my favourite parts of being an actor,” tulisnya.

Anda mungkin berminat dengan

Luxurious Extra Hold Hair Spray 100ml 420ml (For West Malaysia Only) Travel Mini Hair Spray

Luxurious Extra Hold Hair Spray 100ml 420ml (For West Malaysia Only) Travel Mini Hair Spray

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Related Topics

Must Watch Video

Advertisement